Tuesday, July 24, 2012

Agar-Agar Buih aka Puding Balqis



AGAR-AGAR BUIH

Sumber : Puding Balqis @ Nor SecubitGaram
Sumber : Dari Dapur Azita Zain

Bahan-bahan :
  • 1 paket agar2 serbuk (10gm)
  • 450ml air - saya tambah 50ml lagi jadi 500ml
  • 150 susu cair - saya guna susu rendah lemak
  • 5 sudu besar gula
  • 2 biji telur
  • 3 sudu besar mentega / marjerin
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • Pewarna mengikut citarasa sendiri



Cara-cara :

  1. Masak serbuk agar2 bersa dengan air dan gula hingga mendidih.
  2. Masukkan susu dan mentega. Masak lagi hingga mendidih.
  3. Matikan api. Masukkan esen vanilla dan kacau rata. 
  4. Sejukkan adunan agar2 hingga suam2 panas (jangan sampai sejuk).
  5. Pukul telur hingga betul2 kembang. Buang tali pusat untuk mengelakkan daripada hanyir.
  6. Masukkan adunan agar2 tadi ke dalam adunan telur. Kacau hingga rata.
  7. Bahagikan kepada 2 @ 3 bahagian (ikut citarasa sendiri). Warnakan setiap bahagian megikut warna yang disukai dan kacau hingga warnanya sebati dan rata.
  8. Tuangkan adunan ke dalam loyang secara berselang-seli hingga semua adunan habis.
  9. Sejukkan di dalam petiais sebelum dihidang. 




Monday, July 23, 2012

Ketam Masak Lemak Cili Kering



KETAM MASAK LEMAK CILI KERING

Sumber : Dari Dapur Azita Zain

Bahan-bahan :
  • 5 ekor ketam - bersihkan dan dipotong dua setiap ekor
  • 20 batang cili kering - dikisar
  • 5 ulas bawang merah - dikisar
  • 1 ulas bawang besar - dikisar
  • 5 ulas bawang putih - dikisar
  • 2 batang serai - diketuk
  • 1 helai daun kunyit - dicarik2kan
  • 3 helai daun cekur - dipotong kecil2
  • 2 cawan santan sederhana pekat - dari 2 biji kelapa
  • Garam, perisa dan gula secukupnya
  • 3 sudu besar minyak - untuk menumis


Cara-cara :
  1. Panaskan minyak di dalam periuk yang besar. Tumiskan bahan2 yang telah dikisar hingga naik bau dan pecah minyak.
  2. Masukkan serai yang telah diketuk. Tumis lagi selama 5 minit.
  3. Masukkan santan bersama daun kunyit. Tambah air secukupnya. Biarkan mendidih dengan api sederhana besar sambil dikacau supaya tidak pecah minyak santan.
  4. Masukkan garam, perisa dan gula secukup rasa.
  5. Masukkan ketam dan gaul rata2. Tutup periuk selama 5 minit.
  6. Kacau rata lagi. Tunggu hingga kuah mendidih dan bolehlah dimatikan api dapur.
  7. Siap untuk dihidangkan.