Thursday, April 12, 2012

Sup Ayam Dan Kentang



SUP AYAM DAN KENTANG
Sumber : Dari Dapur Azita Zain

Bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam - dipotong saiz sederhana
  • 3 ulas bawang merah - dihiris (*)
  • 3 ulas bawang putih - dihiris (*)
  • 1 inci halia - dimayang halus (*)
  • 1 batang kulit kayu manis (*)
  • 3 kuntum bunga lawang (*)
  • 4 kuntum bunga cengkih (*)
  • 2 kiub ayam
  • 2 biji kentang - dipotong kepada 6 bahagian setiap biji
  • 2 liter air
  • Garam dan perisa - jika perlu
  • Daun sup dan daun bawang - dihiris
  • Bawang goreng secukupnya



Cara-cara :
  1. Basuh ayam hingga bersih dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan2 yang bertanda (*) hingga kekuning2an.
  3. Masukkan ayam dan kentang dan kacau rata. Biarkan sehingga air ayam keluar.
  4. Masukkan kiub ayam dan kacau rata. Masukkan air, biarkan mendidih dan sehingga kentang lembut.
  5. Tambah garam dan perasa jika perlu - biasanya saya tak tambah dah.
  6. Taburkan hirisan daun bawang/sup dan bawang goreng sebelum dihidangkan. Siap...!!!


Wednesday, April 11, 2012

Pulut Kuning



PULUT KUNING
Sumber : Dari Dapur Azita Zain
Sumber : Ibu Tersayang


Bahan-bahan :

  • 1kg pulut susu ataupun pulut biasa
  • 500ml santan pekat - diambil dari sebiji kelapa
  • 2 sudu teh garam
  • 10 helai daun pandan
  • Beberapa titis pewarna lemon yellow ataupun serbuk kunyit secukupnya




Cara-cara :

  1. Basuh pulut hingga bersih. Masukkan air sehingga melepasi paras pulut. Masukkan pewarna lemon yellow ataupun serbuk kunyit dan gaulkan rata2 supaya warnanya sekata. Rendam semalaman.
  2. Panaskan kukusan. Carik2kan daun pandan dan letakkan di dalam lapisan kukusan (rujuk gambar di bawah).
  3. Letakkan loyang kukusan tersebut di atas dulang supaya bila pulut dimasukkan, ianya tidak jatuh ke bawah.
  4. Gaulkan garam bersama santan. Rasa santan ini mesti masin sedikit supaya pulut kuning nanti terasa lemak2 masin. Ketepikan.
  5. Basuh semula pulut dan toskan. Masukkan pulut ke dalam loyang yang telah dilapik dengan daun pandan tadi.
  6. Ratakan pulut dan buat lubang2 kecil di pulut tersebut (cucuk2 dengan jari je...) supaya wap air boleh merata ke dalam pulut.
  7. Kukus selama 40 minit atau sehingga masak - bergantung kepada saiz kukusan masing2.
  8. Kecilkan api dapur. Angkat loyang kukusan. Keluarkan pulut yang telah dikukus tadi, masukkan ke dalam bekas besar supaya senang untuk menggaul.
  9. Curahkan santan ke atas pulut, kacau dan gaul rata2 supaya santan rata ke seluruh pulut. JANGAN tunggu pulut tu sejuk sebab nanti santan tidak meresap ke dalam pulut.
  10. Masukkan semula pulut tadi ke dalam loyang kukusan yang dialas dengan daun pandan tadi. 
  11. Kukus semula selama 30 minit.
  12. Keluarkan pulut dan masukkan semula ke dalam bekas besar tadi. Gaul rata2. Kemudian tekan2kan supaya ianya mampat.
  13. Siap!!! Sedia untuk dimakan bersama dengan rendang daging ataupun rendang ayam. Selamat mencuba!




Loyang kukusan yang telah dialas dengan carikan daun pandan dan diletakkan di atas dulang. Lagi banyak daun pandan, lagi wangi pulut kuning...


Nota :
  1. Untuk memastikan kelancaran semasa menggaul santan dan pulut, gunakan senduk plastik supaya pulut tidak melekat pada senduk.
  2. Saya akan rendam pulut pada sebelah petang tanpa pewarna. Sebelah malam, saya akan basuh dan gantikan air rendaman dan barulah dicampur dengan pewarna. Keesokan paginya barulah dikukus.
  3. Selepas step no 12, tutup bekas pulut tersebut supaya bahagian atasnya tidak kering.

Tuesday, April 10, 2012

Nasi Goreng Tomyam




NASI GORENG TOMYAM
Sumber : Dari Dapur Azita Zain

Bahan-bahan :

  • 2 mangkuk nasi sejuk
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar bawang kisar
  • 1 sudu besar bawang putih kisar
  • 1 sudu besar pes tomyam
  • Sejemput ikan bilis
  • Garam dan perisa secukupnya
  • Minyak secukupnya untuk menumis
  • Kacang panjang, lobak merah, jagung - jika suka (saya tak letak pun)
  • Sepotong daging ayam - dipotong dadu - jika suka (saya tak letak pun) 





Cara-cara :

  1. Gaulkan nasi bersama garam dan perisa.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah, cili kisar dan pes tomyam hingga naik bau. 
  3. Masukkan ayam dan ikan bilis dan kacau rata. Masak hingga daging ayam tu elok masak.
  4. Masukkan nasi yang telah digaul tadi. Kacau rata.
  5. Masukkan sayur2 pilihan. Kacau rata2 hingga sayur layu sedikit.
  6. Matikan api dan siap untuk dihidangkan.