Wednesday, January 18, 2012

Sotong Oriental





SOTONG ORIENTAL

Sumber : Azita Kitchen

Bahan-bahan :
  • 500gm sotong - bersihkan, potong dan kelar2
  • 1 tangkai daun kari
  • 5 ulas bawang merah - dihiris
  • 3 ulas bawang putih - dicincang
  • 1 batang celery - dipotong serong (saya tambah)
  • ¼ batang lobak merah - dipotong ikut citarasa sendiri (saya tambah)
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan Pes (dikacau sebati) :
  • 2 sudu besar pes tomyam
  • 2 sudu kecil rempah kari ikan
  • 1 ½ sudu besar sos tiram
  • 2 sudu kecil sos ikan (saya tak guna pun...)
  • 6 sudu besar air panas (saya tak letak sebab sotong akan mengeluarkan air semasa dimasak)



Cara-cara : 
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan daun kari hingga kekuningan.
  2. Campurkan bahan2 pes dan gaul rata. Biarkan mendidih selama lebih kurang 3 minit.
  3. Masukkan celery, lobak merah dan sotong. Kacau rata.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau sekejap dan angkat. Siap untuk dihidangkan.
  5. Taburkan hirisan daub sup/bawang semasa menghidang.


Wednesday, January 11, 2012

Kek Pisang Marble




KEK PISANG MARBLE

Sumber : Azita Kitchen


Bahan-bahan :
  • 5 biji pisang masak ranum
  • 4 biji telur Gred B
  • ½ cawan minyak masak
  • ½ cawan susu segar
  • ½ cawan gula
  • 2½ cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu besar cokelat emulco



Cara-cara :
  1. Lenser loyang dengan mentega dan taburkan dengan sedikit tepung. Ketepikan.
  2. Panaskan oven pada suhu 175oC.
  3. Ayak tepung bersama baking powder dan soda bikarbonat dalam mangkuk besar. Ketepikan.
  4. Blend pisang bersama telur, minyak masak, susu segar dan gula hingga hancur.
  5. Tuangkan adunan yang telah dikisar ke dalam mangkuk tepung. Kacau dengan senduk kayu hingga adunan sebati.
  6. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian dicampurkan dengan cokelat emulco dan kacau rata.
  7. Ambil 1 senduk kecik adunan cokelat dan tuangkan di babagian tengah loyang. Kemudian ambil pula 1 senduk kecil adunan asli dan tuangkan diatas adunan cokelat di tengah loyang tadi. Ulang proses ini hinggalah adunan habis.
  8. Bakar dalam oven pada suhu 170oC selama 30 minit. Tutup permukaan kek dengan aluminium foil untuk mengelakkan permukaan kek daripada hangus. Bakar lagi selama 20 minit atau sehingga masak (bergantung kepada oven masing2).
  9. Keluarkan daripada oven dan biarkan sejuk selama 20 minit sebelum diterbalikkan ke atas redai. Sedap dimakan panas2. Selamat mencuba!

Kek Pisang Marble berbentuk hati yang baru dikeluarkan daripada oven...