Monday, July 23, 2012

Ketam Masak Lemak Cili Kering



KETAM MASAK LEMAK CILI KERING

Sumber : Dari Dapur Azita Zain

Bahan-bahan :
  • 5 ekor ketam - bersihkan dan dipotong dua setiap ekor
  • 20 batang cili kering - dikisar
  • 5 ulas bawang merah - dikisar
  • 1 ulas bawang besar - dikisar
  • 5 ulas bawang putih - dikisar
  • 2 batang serai - diketuk
  • 1 helai daun kunyit - dicarik2kan
  • 3 helai daun cekur - dipotong kecil2
  • 2 cawan santan sederhana pekat - dari 2 biji kelapa
  • Garam, perisa dan gula secukupnya
  • 3 sudu besar minyak - untuk menumis


Cara-cara :
  1. Panaskan minyak di dalam periuk yang besar. Tumiskan bahan2 yang telah dikisar hingga naik bau dan pecah minyak.
  2. Masukkan serai yang telah diketuk. Tumis lagi selama 5 minit.
  3. Masukkan santan bersama daun kunyit. Tambah air secukupnya. Biarkan mendidih dengan api sederhana besar sambil dikacau supaya tidak pecah minyak santan.
  4. Masukkan garam, perisa dan gula secukup rasa.
  5. Masukkan ketam dan gaul rata2. Tutup periuk selama 5 minit.
  6. Kacau rata lagi. Tunggu hingga kuah mendidih dan bolehlah dimatikan api dapur.
  7. Siap untuk dihidangkan.


5 comments:

Asyifa Mustaffa said...

masak lemak ketam...ketam lagi...pagi tadi pun k.Amie ada tayang ketam juga.....musim ketam nih...:)

Azita Zain said...

Asyifa :
Ye kottt...musim ketam!

Qasey Honey said...

asslm Kak Azita...fav ni...mnarik la resepi ni...biase ketam masak lemak n sambal...nti nk cuba resepi ni...tq kak..

♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ said...

Love tak berapa suka makan ketam tapi kuah masak lemak tu sukaaa! Dah hulurkan pinggan ni dah...pitam mcm kak Ummi jugak...hehe :)

Selamat Berpuasa dear.

Azita Zain said...

Qasey Honey :
Hehehe...selamat mencuba ya!

Love :
Hahaha...kuahnya masih ada disimpan dlm esbok. Boleh ganti ketam dgn ikan, telur dan lain2. Jimat...kan? Kalau nak kuahnya, akak boleh bagi. Hihihi...