Tuesday, July 24, 2012

Agar-Agar Buih aka Puding Balqis



AGAR-AGAR BUIH

Sumber : Puding Balqis @ Nor SecubitGaram
Sumber : Dari Dapur Azita Zain

Bahan-bahan :
  • 1 paket agar2 serbuk (10gm)
  • 450ml air - saya tambah 50ml lagi jadi 500ml
  • 150 susu cair - saya guna susu rendah lemak
  • 5 sudu besar gula
  • 2 biji telur
  • 3 sudu besar mentega / marjerin
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • Pewarna mengikut citarasa sendiri



Cara-cara :

  1. Masak serbuk agar2 bersa dengan air dan gula hingga mendidih.
  2. Masukkan susu dan mentega. Masak lagi hingga mendidih.
  3. Matikan api. Masukkan esen vanilla dan kacau rata. 
  4. Sejukkan adunan agar2 hingga suam2 panas (jangan sampai sejuk).
  5. Pukul telur hingga betul2 kembang. Buang tali pusat untuk mengelakkan daripada hanyir.
  6. Masukkan adunan agar2 tadi ke dalam adunan telur. Kacau hingga rata.
  7. Bahagikan kepada 2 @ 3 bahagian (ikut citarasa sendiri). Warnakan setiap bahagian megikut warna yang disukai dan kacau hingga warnanya sebati dan rata.
  8. Tuangkan adunan ke dalam loyang secara berselang-seli hingga semua adunan habis.
  9. Sejukkan di dalam petiais sebelum dihidang. 




11 comments:

Qasey Honey said...

sgt cantik puding tu...xjemu memandang...kalernya pon mnarik sgt...tentu sedap ni...

adda el carlisha said...

cantik ... telur tu x payah di masak erk kak .. nak try la .. nmapk mcm best !!

Azita Zain said...

Qasey Honey :
Warnya kena ceria gitu...barulah menarik perhatian anak2...hihi

Adda :
Ha'ah...tak perlu dimasak. Lepas pukul hingga kembang, masukkan dalam adunan agar2 yg masih panas2 suam tu.

Siti Zaleha said...

salam kak,puding yang sgt gebuss,akak masa kita selang selikan masuk,adunan tu x bercampur ke

ae hearty said...

telur tu telur putih je kan?

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam k.ita.Apa kabar?Slmt menjalani ibadah puasa kpd akak sekluarga ya.

Nmapak cantik & sedap puding buah ni..kalernya pon sgt menarik!

wisata outbound malang said...

Nice blog :)
salam kenal sobat :)
di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...

Norzie hany said...

Assalam Azita.
Nampak mcm sedap sgt dan colornya sgt menarik.

Rohah said...

salam ukhuwah..
cantekk dipandang puding ni..

VivĂ­ Taboada. said...

delicioso! bicos

Asma Mastura said...

nampak mudah.napok sedap aje... nak cuba ia... kemudian nok mitok izin copy resepi ia akak azita zain