Wednesday, April 11, 2012

Pulut Kuning



PULUT KUNING
Sumber : Dari Dapur Azita Zain
Sumber : Ibu Tersayang


Bahan-bahan :

  • 1kg pulut susu ataupun pulut biasa
  • 500ml santan pekat - diambil dari sebiji kelapa
  • 2 sudu teh garam
  • 10 helai daun pandan
  • Beberapa titis pewarna lemon yellow ataupun serbuk kunyit secukupnya




Cara-cara :

  1. Basuh pulut hingga bersih. Masukkan air sehingga melepasi paras pulut. Masukkan pewarna lemon yellow ataupun serbuk kunyit dan gaulkan rata2 supaya warnanya sekata. Rendam semalaman.
  2. Panaskan kukusan. Carik2kan daun pandan dan letakkan di dalam lapisan kukusan (rujuk gambar di bawah).
  3. Letakkan loyang kukusan tersebut di atas dulang supaya bila pulut dimasukkan, ianya tidak jatuh ke bawah.
  4. Gaulkan garam bersama santan. Rasa santan ini mesti masin sedikit supaya pulut kuning nanti terasa lemak2 masin. Ketepikan.
  5. Basuh semula pulut dan toskan. Masukkan pulut ke dalam loyang yang telah dilapik dengan daun pandan tadi.
  6. Ratakan pulut dan buat lubang2 kecil di pulut tersebut (cucuk2 dengan jari je...) supaya wap air boleh merata ke dalam pulut.
  7. Kukus selama 40 minit atau sehingga masak - bergantung kepada saiz kukusan masing2.
  8. Kecilkan api dapur. Angkat loyang kukusan. Keluarkan pulut yang telah dikukus tadi, masukkan ke dalam bekas besar supaya senang untuk menggaul.
  9. Curahkan santan ke atas pulut, kacau dan gaul rata2 supaya santan rata ke seluruh pulut. JANGAN tunggu pulut tu sejuk sebab nanti santan tidak meresap ke dalam pulut.
  10. Masukkan semula pulut tadi ke dalam loyang kukusan yang dialas dengan daun pandan tadi. 
  11. Kukus semula selama 30 minit.
  12. Keluarkan pulut dan masukkan semula ke dalam bekas besar tadi. Gaul rata2. Kemudian tekan2kan supaya ianya mampat.
  13. Siap!!! Sedia untuk dimakan bersama dengan rendang daging ataupun rendang ayam. Selamat mencuba!




Loyang kukusan yang telah dialas dengan carikan daun pandan dan diletakkan di atas dulang. Lagi banyak daun pandan, lagi wangi pulut kuning...


Nota :
  1. Untuk memastikan kelancaran semasa menggaul santan dan pulut, gunakan senduk plastik supaya pulut tidak melekat pada senduk.
  2. Saya akan rendam pulut pada sebelah petang tanpa pewarna. Sebelah malam, saya akan basuh dan gantikan air rendaman dan barulah dicampur dengan pewarna. Keesokan paginya barulah dikukus.
  3. Selepas step no 12, tutup bekas pulut tersebut supaya bahagian atasnya tidak kering.

8 comments:

HaSue said...

Wah!lawa pinggan..hehe
Sy dah lama x mkn pulut kuning kak..terliur dh ni.iskh..
Tips daun pndn tu best!tq share :-)

Acik Erna said...

teringin terus acik bila tengok gambar pulut ita ni..lama dah tak buat

dZana said...

aslmkum ita.. lum tertunai lagi hajat saya nk sedekah pulut kuning ni.. klau dekat mmg nk oder jer dgn ita.. tgh meninjau2 jugak org yg boleh masak rendang sedap kt BP ..

Amie said...

Assalamualaikum Ita,
wah! ini sesuai sangat sebagai santapan diraja sempena pertabalan YDPA ke 14... pulut kuning diraja!

Azita Zain said...

HaSue :
Hehehe...pinggan free! Dapat dalam hamper masa raya. Hahaha!
Daun pandan tu untuk mewangikan pulut kuning tu..

Acik Erna :
Pulut kuning memang jarang2 orang buat. Kalau ada apa2 event istimewa biasanya barulah orang buat. Saya pun sama gak...dah berhajat hari tu, tu yang buat tu.

Azita Zain said...

Kak Zana :
Akak pun berhajat juga ke? Kalau dah berhajat tu, kena tunaikan jugak. Buat sendiri la...akak kan ker rajin ke dapur!

Amie :
Waalaikumussalam. Amboi...santapan diraja! Mentang2 le pulut kuning...kuning diraja pulak tu!

Azie said...

As salam. Sedap nyer. Kalau dimakan dengan ikan rebus yg digoreng lagi sedap. Jemput singgah dan add my blog ya. Terima kasih

Nadhira Izzati said...

hi dear done follow sini.. follow back taw for makeup tutorial.. tengkiuu :)