Friday, February 24, 2012

Kek Batik Arora




KEK BATIK ARORA

Sumber : Yatie
Sumber : Kak Ina KL
Sumber : Azita Zain


Bahan-bahan :

  • 250gm mentega
  • 100gm gula kastor
  • 1 sudu kecil cream of tartar - saya tambah sendiri
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 6 biji telur
  • 250gm tepung gandum
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 5 jenis pewarna / perisa



Cara-cara :

  1. Panaskan oven pada suhu 170C.
  2. Lenser loyang dengan marjerin dan taburkan dengan tepung. Ketepikan.
  3. Ayakkan tepung bersama dengan baking powder dan cream of tartar. Ketepikan.
  4. Pukul mentega dan gula hingga kembang dan putih.
  5. Masukkan telur satu persatu (pastikan telur tu dah sebati barulah dimasukkan sebiji lagi hinggalah habis) dan pukul hingga rata.
  6. Tutp mixer. Masukkan campuran tepung dan gaulkan adunan secara kaedah kaup dan balik.
  7. Bahagikan adunan kepada 5 bahagian yang sama banyak. Masukkan pewarna / perisa ke dalam setiap bahagian dan gaul rata.
  8. Sudukan adunan satu persatu ke dalam loyang sehingga semua adunan habis.
  9. Masukkan ke dalam oven dan bakar dengan api bawah selama 45 - 60 minit atau sehingga kek masak dengan sempurna.



Adunan telah disudukan ke dalam loyang secara berselang warna.

4 comments:

sHa AhM@d said...

cantik warnanya..

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam K.Ita..cantiknya belang2 kek tu!!Nampak sedap & gebu jugak.
Atie minta izin copy rezepi sandwich telur milik akak ya.terima kasih

Sue @ Nenie said...

Salam Kak...nampaknya saya lagi yang masih belum cuba resipi ni...Bilalah nak sampai seru ni...

Azie said...

Cantik nyer