Wednesday, January 18, 2012

Sotong Oriental





SOTONG ORIENTAL

Sumber : Azita Kitchen

Bahan-bahan :
  • 500gm sotong - bersihkan, potong dan kelar2
  • 1 tangkai daun kari
  • 5 ulas bawang merah - dihiris
  • 3 ulas bawang putih - dicincang
  • 1 batang celery - dipotong serong (saya tambah)
  • ¼ batang lobak merah - dipotong ikut citarasa sendiri (saya tambah)
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan Pes (dikacau sebati) :
  • 2 sudu besar pes tomyam
  • 2 sudu kecil rempah kari ikan
  • 1 ½ sudu besar sos tiram
  • 2 sudu kecil sos ikan (saya tak guna pun...)
  • 6 sudu besar air panas (saya tak letak sebab sotong akan mengeluarkan air semasa dimasak)



Cara-cara : 
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan daun kari hingga kekuningan.
  2. Campurkan bahan2 pes dan gaul rata. Biarkan mendidih selama lebih kurang 3 minit.
  3. Masukkan celery, lobak merah dan sotong. Kacau rata.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau sekejap dan angkat. Siap untuk dihidangkan.
  5. Taburkan hirisan daub sup/bawang semasa menghidang.


5 comments:

Liza said...

salam ita...agak2 cmner rasa dia yer, dgn gabungan rmph kari n tomyam, kena cuba ni...

cik cek said...

Emmm...cantik je potongan sotong tu....cam best je ni...:)

Nuridah said...

sedapnya dan cantik nampak sotun tu...kecur akak tengok!!

Azita Zain said...

Liza :
Memang sedap rasanya. Anak2 semuanya suka. Sedikit kelainan rasanya...

Cik Cek :
Cubalah! Gerenti sedap...!

Nuridah :
Cubalah...tak rugi!

Kelip Kelip Comel said...

salam...bestnya sotong ni,nk try la..akk meh la jenjalan sini