Thursday, October 20, 2011

Bingka Roti Kukus Pandan




BINGKA ROTI KUKUS PANDAN

Resepi : Notabilia
Sumber : Kak Ummi Zaihadi (HomeSweetHome)
Sumber : Azita Kitchen


Bahan-bahan :
  • 8-10 keping roti putih - tidak perlu disiat2 (K.Ummi guna roti Gardenia)
  • 200ml santan - saya guna santan kotak jenama Harmuni / K.Ummi guna jenama Kara
  • 200ml air - saya tukar dengan susu rendah lemak
  • 1 cawan gula - saya gunakan ½ cawan je
  • 4 biji telur - K.Ummi buang tali pusatnya
  • Secubit garam
  • ½ sudu teh pes pandan - saya guna 1 sudu teh pandan emulco
  • 2 helai daun pandan - disimpul - saya tak gunakan pun...



Cara-caranya : 
  1. Dalam mangkuk besar, kacau bersama santan, air, gula, telur, garam dan pes pandan dengan menggunakan whisk sahaja. 
  2. Kemudian rendamkan kepingan roti ke dalam adunan di atas dan biarkan sekurang-kurangnya 10 minit. 
  3. Pindahkan kepingan roti yang direndam tadi ke dalam loyang bulat 8 inci (saya sapu dulu loyang dengan sedikit mentega - macam K.Ummi). Tuangkan lebihan adunan juga ke dalam loyang. 
  4. Letakkan daun pandan yang telah disimpulkan di atas permukaan roti tadi (saya tak letak daun pandan...).
  5. Sediakan kukusan dan bila air mendidih, kukus bingka selama 15 - 20 minit. Balut penutup kukusan dengan  kitchen towel agar air kukusan tidak menitis ke atas permukaan bingka). 
  6. Sejukkan pada suhu bilik sebelum dihidangkan (saya simpan dalam petiais dulu...bagi sejuk!).



Tuesday, October 18, 2011

Kek Lapis Cheese Pesona



KEK LAPIS CHEESE PESONA
Resepi : RyoAzhar
Sumber : Nor Hayati Ramlan (yatiememories), Nor (Secubit Garam)
Sumber : AzitaZain

Bahan-bahan (Loyang 9" x 9") :
Bahan A :
2 bungkus biskut marie perisa coklat - lebih kurang 600 gm (Ryo guna jenama LEE) - saya guna plain biskut marie yang dibeli secara timbang
500 ml susu segar,dipanaskan - saya tambah 1 camb coffee emulco
Bahan B :
500 gm cheese cream (Philadelpia/Tartura)
10 ml susu segar
1/2 cawan gula halus


Cara-cara : 
  1. Satukan cheese dan gula halus, pukul sebati. 
  2. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit, jangan sampai adunan terlalu cair.
  3. Pukul lagi hingga kembang dan sebati, ketepikan. 
  4. Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
  5. Panaskan susu segar, padamkan api.
  6. Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je tau).
  7. Pastu sapukan adunan cheese di atasnya, ratakan - saya masukkan adunan krimcis ke dalam piping bag untuk memudahkan kerja2 meratakan permukaan
  8. Ulang proses melapis biskut, kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi. 
  9. Ulang proses melapis hingga habis, biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
  10. Kemudian, kisar baki biskut yang ada, taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE, boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..) - saya taburkan choc rice sahaja.
  11. Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk ,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.