Wednesday, June 8, 2011

Light Cheese Cake


 

LIGHT CHEESE CAKE

Sumber : IzahDaut
Sumber : AzitaZain


Bahan-bahan :
125gm cream cheese
300 ml susu segar
80 gm mentega atau marjerin
80 gm tepung gandum
80 gm gula halus
3 biji telur saiz A - saya guna size B
Beberapa titik esen vanila/jus lemon




Cara-cara :
  1. Masukkan susu segar dalam periuk. Masukkan cream cheese sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand whisk. Masukkan pula mentega/marjerin, kacau lagi sehingga cair,padamkan api dan ketepikan.
  2. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue. Meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 ringan (ia tidak tumpah apabila mangkuk cuba diterbalikkan)
  3. Di dalam bekas lain yang lebih besar,pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika..ayakkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul -kacau menggunakan hand whisk dengan perlahan
  4. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata (boleh juga menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan2).
  5. Glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Masukkan adunan kek di dalam acuan. Pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek.
  6. Bakar pada suhu 160oC selama 45 minit (atau sehingga masak) menggunakan kaedah bain marie (loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar).





Untuk dapatkan versi pelangi :
  1. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yang sama banyak.
  2. Warnakan setiap bahagian dengan warna yang digemari - warna asal (putih), hijau epal dan merah jambu.
  3. Ambil sesenduk kecil adunan putih dan letakkan di tengah2 loyang.
  4. Ambil sesenduk kecil adunan hijau epal dan letakkan di tengah2 adunan putih tadi.
  5. Ambil sesenduk kecil adunan merah jambu dan letakkan di tengah2 adunan hijau epal tadi.
  6. Ulang Step 3 - 5 hingga habis.

Kek Karamel Alunan Kasih



Resepi asal adalah daripada AnnaQaseh (telah diedit mengikut kesesuaian sendiri).
Sumber : AzitaZain - Loyang 8 ½"

Bahan A - Gula Hangus :
2 sudu besar gula - tabur gula ke dalam loyang yang akan digunakan untuk membakar kek nanti dan masak atas api perlahan. Biar gula hancur dan warna bertukar jadi perang. Ketepikan.

Bahan B - Lapisan Atas :
½ tin susu cair - boleh tambah kalau nak karamel tebal sikit
70gm gula kastor - saya guna 4 sudu besar rata
½ sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur
1 sudu besar tepung kastad

Bahan C - Lapisan Kek :
140gm tepung gandum
70gm gula kastor - saya gunakan 4 sudu besar rata
3 biji kuning telur
135ml air biasa
1 sudu teh baking powder
45ml minyak masak
2 sudu besar susu pekat manis

Bahan D - Merinque
6 biji putih telur
70gm gula kastor - saya gunakan 4 sudu besar rata
1 sudu teh cream of tartar

Serbuk koko secukupnya
Penapis teh yang halus
Pewarna mengikut citarasa - apple green, lemon yellow, pink
Emulco mengikut warna - pandan, strawberry (optional)




Cara-cara :
  1. Campurkan semua Bahan B dan kacau perlahan2. Jangan sampai berbuih. Nanti tak jadi karamelnya. Tapis dan ketepikan.
  2. Campurkan semua Bahan C dan kacau hingga sebati dengan menggunakan whisk sahaja. Ketepikan.
  3. Pukul Bahan D hingga jadi kental dan tidak jatuh bila adunan diterbalikkan.
  4. Campurkan Bahan D ke dalam Bahan C dan kacau hingga sebati.
  5. Bahagikan kepada 3 bahagian dan warnakan dan masukkan 1 sudu teh emulco untuk setiap warna. Warna hijau + pandan emulco, pink + strawberry emulco. Kacau rata.
  6. Masukkan Bahan B ke dalam dalam loyang gula hangus.
  7. Tuangkan adunan berwarna hijau dan ratakan. Ayak nipis2 serbuk koko di atasnya.
  8. Lapiskan pula dengan adunan berwarna kuning. Ratakan dan ayakkan serbuk koko di atasnya.
  9. Akhir sekali lapiskan adunan berwarna pink dan ratakan. Tidak perlu diayak serbuk koko.
  10. Bakar secara bain marie (loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar) selama 1 jam pada suhu 175oC. 
  11. Bila masak, keluarkan dan rehatkan selama 10 minit sebelum diterbalikkan.
  12. Masukkan dalam petiais selama 1 jam sebeluim dimakan. Mmmm....yummy!



Nota :
  1. Untuk jadikan kek tu beralun-alun, buat sama macam melapis Kek Alunan Kasih.
  2. Untuk mengelakkan permukaannya hanus, tutup permukaannya dengan aluminium foil selepas dibakar 30 minit.