Friday, May 27, 2011

Ketam Masak Sambal Telur



KETAM MASAK SAMBAL TELUR
Sumber : AzitaZain

Bahan-bahan :
4 ekor ketam - dipotong dua setiap ekor
20 biji cili kering (*)
1 ulas bawang besar (*)
5 ulas bawang merah (*)
5 ulas bawang putih (*)
2 biji buah keras (*)
1 batang serai - dihiris kasar2 (*)
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar gula pasir
Garam dan perisa secukupnya
2 sudu besar minyak - untuk menumis
3 biji telur Gred C - dipukul sedikit dengan garfu




Cara-cara :
  1. Kisar bahan2 bertanda (*) hingga halus.
  2. Panaskan kuali besar dan tumis bahan2 yang telah dikisar hingga mendidih dan pecah minyak.
  3. Masukkan sos tiram, sos cili, gula, garam dan perisa. Kacau rata2.
  4. Masukkan telur dan kacau supaya telur tersebut menjadi bertali2.
  5. Masukkan ketam dan kacau rata2. Tutup kuali selama lebih kurang 5 minit - untuk keluarkan air ketam.
  6. Kacau rata2 supaya semua ketam disaluti oleh kuahnya. 
  7. Rasakan masin dan manisnya. Tambah perisa, garam & gula jika perlu.
  8. Masaklah sehingga ketam tersebut masak. Siap...!

Nota :
Kuahnya sedap juga dicicah dengan roti. Yummyyy....!

Bubur Jagung Sekoteng




BUBUR JAGUNG SEKOTENG
Sumber : AzitaZain

Bahan-bahan :
1 tongkol jagung - dihiris
1/2 uncang sekoteng - direbus dan dibuang kanjinya
800ml air
1 kotak santan - 200ml
6 sudu gula perang
Sehelai daun pandan - disimpul
Secubit garam

Cara-cara :
  1. Campurkan semua bahan ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana. 
  2. Kacau sentiasa hingga mendidih supaya santannya tidak pecah.
  3. Matikan api dan sedia untuk dihidangkan.