Tuesday, March 29, 2011

Apam Snow White




Apam Snow White ini lebih kurang sama dengan Apam Beras. Cuma sukatannya sedikit berbeza. Saya lupa dari blog siapa saya dapat resepi ini. Apa2pun, kredit kepada penyumbang asal resepi ini. Warna asal apam ini adalah PUTIH tapi telah saya warna-warnikan mengikut citarasa saya.

Bahan-bahan :
2 cawan nasi
1 ½ cawan gula (tambah jika inginkan lebih manis)
3 cawan air
3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 paket dry yeast (mauripan) - 11gm

Cara-cara :
  1. Kisar nasi bersama gula dan 2 cawan air hingga halus. Ketepikan.
  2. Masukkan tepung dan dry yeast ke dalam satu mangkuk yang besar (sebab adunan akan naik) dan kacau rata.
  3. Masukkan bancuhan nasi bersama dengan baki air tadi. Kacau hingga betul2 sebati.
  4. Perap selama 3 jam.
  5. Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada acuan yang akan digunakan (saya gunakan samada acuan lompang ataupun acuan puteri ayu).
  6. Ambil sedikit adunan dan titiskan beberapa titik pewarna mengikut kesukaan. Kacau rata. 
  7. Tuangkan ke dalam acuan dan kukus selama lebih kurang 10 minit dengan api kuat.
  8. Biarkan sejuk sedikit sebelum dikeluarkan daripada acuan. Hidangkan bersama dengan kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam.



Monday, March 7, 2011

Fruits Tart




Bahan2 Untuk Tart Crust :
Sila rujuk di sini : Resepi Dan Tips Cheese Tart


Bahan2 Untuk Kastad :
1 cawan tepung kastad
2 cawan susu cair (saya guna susu rendah lemak)
2 cawan air
3/4 cawan gula (boleh dikurangkan kepada 1/2 cawan)
1 camca besar marjerin

Cara2 :
  1. Masukkan semua bahan kecuali marjerin ke dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana besar sehingga pekat.
  2. Masukkan marjerin. Matikan api dan kacau hingga marjerin cair sepenuhnya.
  3. Masukkan ke dalam piping bag. 

Buah2an :
Mengikut selera sendiri - anggur hijau, anggur merah, peach, strawberry, kiwi
Potong mengikut citarasa masing2.

Cara Untuk Menghias :
  1. Picitkan adunan kastad ke atas tart crust.
  2. Susun buah2an pilihan.
  3. Glis buah2an dengan piping jelly - supaya nampak berkilat.

Nota :
  1. Untuk adunan kastad, boleh juga menggunakan 4 cawan air sahaja (tanpa menggunakan susu). Dengan ini adunan kastad akan nampak lebih striking / keemasan lagi.
  2. Semasa memicit adunan kastad, boleh juga menggunakan nozel berbentuk bintang.