Thursday, February 17, 2011

Donut Suria



Resepi ini saya dapat dari blog Yatie (Sinar Kehidupanku) tapi saya dah edit sedikit mengikut keselesaan saya semasa membuatnya.


Bahan-bahan :
3 cawan tepung gandum
3 camca besar susu tepung
3 camca besar gula halus
3 camca besar lemak sayur (shortening)
200 ml air suam*
2 camca teh instat yeast* (*disatukan dan biar berbuih)

Cara-cara :
  1. Satukan tepung gandum, susu tepung, gula halus, lemak sayur dan garam. Gaul hingga menjadi seperti serbuk roti.
  2. Tuang bancuhan yeast + air suam ke dalam adunan tepung dan gaul rata hingga menjadi doh, jika tak cukup air, tambah dengan sedikit lagi air.
  3. Uli hingga licin dan tidak melekat di mangkuk adunan.
  4. Canai doh tadi dan terap dengan acuan donut, alih ke dalam dulang yang telah ditabur sedikit tepung, buat hingga siap.
  5. Biarkan 30 minit hingga naik.
  6. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan, angkat, toskan dan letak atas paper towel. Gaul donat dengan gula halus atau hias ikut suka.




Wednesday, February 9, 2011

Apam Beras





Resepi asal saya ambil daripada tokey apam yang terkenal...AmFlora.

Bahan-bahan :
2 cawan nasi
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 cawan brown sugar
3/4 cwn gula pasir (dua2 gula pasir pun takpe)
2 1/2 cwn air
2 sudu kecil yis (mauripan)

Kelapa parut digaul dengan sedikit garam (akak tak guna pun...)

Cara-cara :
  1. Blend nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus). 
  2. Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. Dalam bekas lain, satukan tepung gandum, tepung beras dan yis.
  4. Selepas itu, masukkan bahan cecair tadi ke dalam bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. Perap selama 3 jam.
  6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
  7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
  8. Kaut sedikit adunan ke dalam mangkuk kecil. Masukkan beberapa titik pewarna yang digemari dan kacau rata2.
  9. Masukkan adunan dalam acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  10. Hidang bersama kelapa yang telah di gaul dengan sedikit garam.. atau enak dimakan begitu saja.

Sunday, February 6, 2011

Kek Pisang Milo Mocha Dan Choc Rise





Bahan-bahan :
4 biji pisang (berangan, nipah)
1 ½ cawan tepung gandum
1 ½ cawan gula halus
3 biji telur
1 camca teh soda bikarbonat
1 camca teh baking powder
1 camca teh ovalette
½ cawan + 2 camca besar minyak masak
½ camca teh garam
1 sachet Milo 3-in-1 Mocha
Chocolate rise secukupnya



Cara-cara :
  1. Kisar pisang dan minyak hingga hancur. Masukkan ke dalam mangkuk mixer
  2. Masukkan kesemua bahan lain ke dalam mangkuk berisi pisang tadi dan pukul dengan high speed hingga adunan menjadi putih dan gebu.
  3. Masukkan choc rise dan satukan secara kaedah kaup-dan-balik.
  4. Masukkan ke dalam loyang yang telah disapu dengan minyak @ marjerin. Masukkan separuh loyang sahaja kerana kek ini akan naik sekali ganda.
  5. Taburkan baki choc rise ke atas adunan.
  6. Bakar dalam oven dengan suhu 180C selama 40 minit.


Nota :
Kalau guna pisang emas @ pisang yang saiznya lebih kecil dari pisang berangan, jadikan kuantitinya 6 biji.
Kek ini boleh dipelbagaikan rasanya...ikut citarasa sendiri.


Kek Pisang Cappuccino...

Untuk buat Kek Pisang Cappuccino ini, gunakan resepi yang sama seperti di atas. Cuma perlu digantikan 1 sachet Milo 3-in-1 Mocha tu dengan 1 sachet 3-in-1 Cappuccino. Chocolate rise tu kalau nak letak juga, tak ada masalah.

Inilah dia Cappuccino dan Milo Mocha tu...

Resepi Dan Tips Cheese Tart


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua.

Atas permintaan ramai, saya perturunkan di sini resepi cistat yang saya gunakan selalu. Juga sedikit tips yang saya gunakan dalam membuat cistat ini. Harap ianya dapat membantu semua...Insyaallah.


Bluberi cistat 

Tart Crust / Shell

Bahan-bahan :
170gm marjerin
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :
  1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
  5. Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.

Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.



Cream Cheese Filling

Bahan-bahan :
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Cara-cara :
  1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
  4. Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

Filling :
Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.






Cara-cara ( rujuk gambar ) :
  1. Tart crust yang sedia untuk dibakar.
  2. Tart crust yang telah siap dibakar dan disusun ke dalam loyang untuk proses seterusnya.
  3. Isikan filling ke dasar crust. Lebih banyak filling..lebih sedap!
  4. Picitkan adunan cream cheese filling ke atas filling tadi.
  5. Untuk melorek, ambil sedikit adunan cream cheese dan titikkan dengan beberapa titik pewarna.
  6. Kacau rata2 hingga mendapat warna yang diinginkan.
  7. Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.
  8. Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri (lebih banyak lebih cantik...)
  9. Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah untuk mendapatkan bentuk tersebut.
  10. Bakar selama 5 minit. Siap!!!

Tips untuk dapatkan cistat yang gebu dan montok(mengikut pengalaman saya...) :
  1. Jangan simpan cream cheese di tempat sejukbeku (frozen).
  2. Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
  3. Isi adunan cream cheese ke dalam piping bag untuk memudahkan proses mengisi adunan ke dalam crust.
  4. Picitkan adunan hingga penuh...hingga sampai ke bahagian sisi crust.