Tuesday, January 18, 2011

Marble Chocolate Cheese Cake





Bahan A :
180 gm mentega
170 gm gula halus (gula kastor)
3 biji telor gred A
20 gm serbuk koko *
120 gm tepung halus *
1 camca teh baking powder * (bahan * diayak bersama)

Bahan B :
250 gm cream cheese (pada suhu bilik)
60 gm gula halus (gula kastor)
1 camca teh esen vanila
1 biji telor gred A




Cara-Cara :-
  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Lenser tin berukuran 8"x8"x3". Alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula hingga putih.
  3. Masukkan telor satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur.
  4. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata dengan spatula.
  5. Dalam mixing bowl lain yang bersih dan kering, masukkan cream cheese, esen vanila dan gula. Putar hingga sebati.
  6. Masukkan telor dan putar hingga gula hancur dan adunan berkrim.
  7. Tuangkan separuh adunan coklat dalam loyang, ratakan.
  8. Tuang pula kesemua adunan cream cheese dan ratakan.
  9. Tuangkan baki adunan coklat dan ratakan.
  10. Bakar selama 40 - 45 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sebelum dipotong.

Ayam Masak Kicap Madu Bercili





Bahan-bahan :
10 ketul ayam - digaul dengan garam dan serbuk kunyit

Bahan Tumis :
3 ulas bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
1/2" hali - hiris
1 batang kulit kayu manis
Bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga secukupnya

Bahan Kisar :
15 biji cili kering
1 labu bawang besar
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1" halia
3 biji buah keras

4 sudu besar madu
4 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tiram
1 sudu teh air perahan limau
1 labu bawang besar - potong bulat
3 batang serai - diketuk



Cara-cara :
  1. Goreng ayam hingga masak dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan2 tumis hingga kekuning2an. Masukkan bahan2 kisar dan tumis lagi hingga terbit minyak.
  3. Masukkan sos cili, sos tiram, madu, serai dan perahan air limau. Kacau sebati. Tambah perisa jika perlu.
  4. Masukkan ayam dan kacau hingga kuah menyaluti ayam sepenuhnya.
  5. Taburkan bawang besar yang dipotong bulat. Matikan api. Kacau rata.
  6. Angkat dan hidangkan. Boleh ditabur dengan daun bawang + daun sup jika suka.