Thursday, October 20, 2011

Bingka Roti Kukus Pandan




BINGKA ROTI KUKUS PANDAN

Resepi : Notabilia
Sumber : Kak Ummi Zaihadi (HomeSweetHome)
Sumber : Azita Kitchen


Bahan-bahan :
  • 8-10 keping roti putih - tidak perlu disiat2 (K.Ummi guna roti Gardenia)
  • 200ml santan - saya guna santan kotak jenama Harmuni / K.Ummi guna jenama Kara
  • 200ml air - saya tukar dengan susu rendah lemak
  • 1 cawan gula - saya gunakan ½ cawan je
  • 4 biji telur - K.Ummi buang tali pusatnya
  • Secubit garam
  • ½ sudu teh pes pandan - saya guna 1 sudu teh pandan emulco
  • 2 helai daun pandan - disimpul - saya tak gunakan pun...



Cara-caranya : 
  1. Dalam mangkuk besar, kacau bersama santan, air, gula, telur, garam dan pes pandan dengan menggunakan whisk sahaja. 
  2. Kemudian rendamkan kepingan roti ke dalam adunan di atas dan biarkan sekurang-kurangnya 10 minit. 
  3. Pindahkan kepingan roti yang direndam tadi ke dalam loyang bulat 8 inci (saya sapu dulu loyang dengan sedikit mentega - macam K.Ummi). Tuangkan lebihan adunan juga ke dalam loyang. 
  4. Letakkan daun pandan yang telah disimpulkan di atas permukaan roti tadi (saya tak letak daun pandan...).
  5. Sediakan kukusan dan bila air mendidih, kukus bingka selama 15 - 20 minit. Balut penutup kukusan dengan  kitchen towel agar air kukusan tidak menitis ke atas permukaan bingka). 
  6. Sejukkan pada suhu bilik sebelum dihidangkan (saya simpan dalam petiais dulu...bagi sejuk!).



10 comments:

lina said...

salam azita - menarik pudding roti ni

Yatie said...

menariklah kaler ijau kuih akak ni..nak wat gaklah....sedap tu...

Liza said...

Salam Ita..kalau buat ni mst hubby Liza suka..hihihi

Noorul0206 said...

hai..saya tengah kukus..tak tahu lah jadi ke tak.... nnt saya buat en3 ye....thanks resepi...

~~zAnAfAhMi~~ said...

sedapnya....tp kat rumah ni susah nak abis, kena hulur jiran...teringat mak dulu2, suka buat bingka roti versi bakar.

Noorul0206 said...

SAMALAH ZANA, KAT RUMAH SAYA PUN, SAYA BAWA KE OFFICE, KALAU VERSI BAKAR, BAHANNYE SAMA KE NGAN KUKUS?
http://jemarimanis0206.blogspot.com/2011/10/bingka-roti-pandan.html

Azita Zain said...

Lina :
Memang sedap. Cubalah!

Yatie :
Dah pun mencuba...kan!!!

Liza :
Apa tunggu lagi...!!! Nanti hubby makin sayang...!

Zana :
Bingka roti bakar pun sedap jugak. Ini mencuba sedikit kelainan pulak...

Noorul :
Best kan?

kanzaenterprise said...

salam perkenalan..bessstt sgtt blog nie!!! jom singgah...jgn lupa follow:) thanks...

ibundo said...

salam ita!!!!

Darma Yoga said...

Nice Post . . .:)
Booking Bali Hotels Online ,Get 40 until 50% Discount of each hotel in bali the website address is below :

Bali Hotels
Bali Kuta Hotels
Bali Nusa Dua Hotels
Sanur Beach Hotels

You can trust it . Low Rates and guaranteed

Book Now! and Get your discount!!!
Best Regards

Bali Hotels Management