Monday, July 18, 2011

Sup Tauhu Telur




SUP TAUHU TELUR

Sumber : MyResipi
Sumber : AzitaZain

Bahan-bahan :
2 batang tauhu telur
2 inci halia
1 biji telur - dipukul sedikit
1 kiub ayam
3 cawan air
1 sudu besar tepung jagung - bancuh dengan sedikit air (optional)

Cara-cara :

  1. Potong tauhu telur kepada 10 bahagian setiap satu. Goreng dengan menggunakan minyak yang sedikit hingga perang di kedua2 belah permukaannya. Ketepikan.
  2. Tumis halis hingga kekuningan. Masukkan air dan kuib ayam dan masak hingga mendidih.
  3. Masukkan tauhu yang telah digoreng tadi. Biarkan mendidih.
  4. Masukkan pula telur yang telah dipukul tadi. Jangan dikacau. Biarkan sekejap hingga telur tersebut membeku.
  5. Kalau nak kuahnya pekat sedikit, bolehlah dimasukkan bancuhan tepung jagung tadi dan dikacau hingga pekat.
  6. Matikan api. Kaut ke dalam mangkuk. Taburkan hirisan daun sup dan daun bawang sebelum dihidangkan.



3 comments:

dedetea said...

sepertinya enak tu???kirim aku yah hehehe

Cheq Sue said...

azita...sedap je nampak sup tu...tapi saya ni jenis tak makan tauhu... kena belajar makan jugak ni..

Azita Zain said...

Dedetea :
Mau dikirim ke mana buk??

Cheq Sue :
Rasa TAUHU TELUR ni lebih kepada rasa telur...so kepada yang tidak suka tauhu tu, jangan risau. Sekali cuba mesti nak lagi!!!