Monday, July 18, 2011

Slice Cheese Cake




SLICE CHEESE CAKE

Sumber : Ros JintanManis
Sumber : AzitaZain

Bahan-bahan :
5 keping slice cheese
200ml susu segar
70gm butter & marjerin
70gm tepung gandum - diayak
70gm gula
4 biji telur Gred B
1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara :
  1. Carikkan slice cheese kecil2 dan campurkan dengan susu segar. Masukkan ke dalam periuk dan masak dengan api perlahan hingga cheese menjadi cair. Kacau sentiasa.
  2. Masukkan butter @ marjerin, kacau hingga larut. Tutup api dan sejukkan sebentar.
  3. Asingkan putih telur dan kuning telur. Pukul putih telur bersama dengan gula hingga menjadi meringue.
  4. Dalam bekas yang lain, pukul kuning telur hingga kembang. Masukkan adunan cheese tadi ke dalam mangkuk kuning telur dan kacau rata.
  5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau. Pastikan adunan tidak berketul2 @ bergentel2.
  6. Akhir sekali masukkan meringue sedikit demi sedikit bersa esen vanilla. kacau rata dengan kaedah kaup-dan-balik hingga adunan sebati.
  7. Glis loyang 7" @ 18cm. Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar dengan kaedah bain marie.
  8. Bakar pada suhu 170oC selama 20 minit dan turunkan suhu kepada 140oC selama 40 minit.


9 comments:

dedetea said...

WWOOWW NICE CAKE,I LIKE IT,HENDAK TAKCOBA ,,SALAM KENAL AND SALAM PERSAHABATAN,,,JIKALAU ADA SEMPAT SILAHKAN SINGGAH TO MY BLOG,AND BE A MY FOLLOWER,THANK YOU BEFORE,,

lina said...

salam - nampak gebu sgt tu pasti sedap

ciksalia said...

salam...salam perkenalan kak...
wahh nampak sedap blum rasa lg...hehe pandai la akak buat...menyelerakan...
salam ramadan.... :)

HomeKreation said...

Slmt Hari Raya, maaf ya kalau ada salah atau tersilap kata.... AlongRoz

Sila lah amik kad dari Along.

SueNahar said...

sedapnya. InsyaAllah ada masa dan duit kita cuba. Emmm

Fiza Nordin said...

mmg sedap slice cheese kek ni...

selamat hari raya akak... maaf andai ada salah dan silap selama kite berkenal2 ni yek...

Liza said...

Salam kenal Ita..jemput ziarah blog Liza yer..

Nieza said...

gebusnya kek ni kak...sure sedap kan:)

Shaz said...

Salam tuan rumah, saya ada 2 soalan :
1. Slice cheese tu yang mcm mana ye, yg mcm slice cheese yang brand Kraft tu ker?
2. 70 gm (butter & marjerin)
adakah ratio dia 50:50?

Suka tgk kek awak yg gebu itu.
TQ