Thursday, July 7, 2011

Asparagus Udang



ASPARAGUS UDANG

Sumber : AzitaZain - rossitamz-kitchen.blogspot.com

Bahan-bahan :
10 batang asparagus
10 ekor udang sederhana besar
3 ulas bawang putih - dicincang
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air
1 sudu besar minyak - untuk menumis
Garam secukup rasa
Air secukupnya



Cara-cara :
  1. Basuh asparagus, dipotong serong dan dicelur sekejap. Pastikan kerangupannya tidak hilang. Tos dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga kekuning2an.
  3. Masukkan sos tiram dan kacau rata. Masukkan air dan kacau hingga mendidih.
  4. Masukkan garam. Masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga pekat. Tambah air jika perlu.
  5. Masukkan udang bersama dengan asparagus yang telah dicelur. Kacau hingga rata dalam 1 minit.
  6. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

8 comments:

Amie said...

Salam kenal Azita,
ini kali ke 3 dalam minggu ini Kak Amie jumpa asparagus udang, dah lama kakak tak jumpa sayur ni...

Cheq Sue said...

assalamualaikum & pagi kak ita... mmmmmm saya nak cuba la asparagus ni..tak pernah makan lagi

CT Delima said...

As'salam Kak Ita

sedap ni ct suka makan asparagus. tu hari baru buat gak, first time buat sendiri memang sedap dok meratah gitu2 jer :D

Naz said...

A'salam Kak Ita...
Naz suka asparagus ni.. Rasa dia manis2 gitu... First time mkn dulu masa merantau ke negara org.. Pas tu terus jatuh hati.. Tp kat sini mahal laa sayur ni..huhuhuuu

sis intan said...

salam ziarah azita, nice blog.
me mmg jarang msk asparagus, good idea... :)

Azita Zain said...

Amie :
sekali dah rasa...terus jatuh cinta!!!

Cheq Sue :
Waalaikumussalam Cheq Sue...
Cubalah! Memang sedap...!

Ct :
Waalaikumussalam Ct...!
Memang sedap asparagus ni...rangup je. memang leka kalau meratah gitu jer...

Naz :
Waalaikumussalam Naz...
Akak pun dah jatuh cinta ngan asparagus ni. Crunchy and yummy!

Sis Intan :
You must try...!!!

Kamizuke said...

ummm ricoo

WarisanBonda said...

salam...sedapnyer...baru jek buat ari tu asparagus goreng...