Wednesday, June 8, 2011

Light Cheese Cake


 

LIGHT CHEESE CAKE

Sumber : IzahDaut
Sumber : AzitaZain


Bahan-bahan :
125gm cream cheese
300 ml susu segar
80 gm mentega atau marjerin
80 gm tepung gandum
80 gm gula halus
3 biji telur saiz A - saya guna size B
Beberapa titik esen vanila/jus lemon




Cara-cara :
  1. Masukkan susu segar dalam periuk. Masukkan cream cheese sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand whisk. Masukkan pula mentega/marjerin, kacau lagi sehingga cair,padamkan api dan ketepikan.
  2. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue. Meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 ringan (ia tidak tumpah apabila mangkuk cuba diterbalikkan)
  3. Di dalam bekas lain yang lebih besar,pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika..ayakkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul -kacau menggunakan hand whisk dengan perlahan
  4. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata (boleh juga menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan2).
  5. Glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Masukkan adunan kek di dalam acuan. Pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek.
  6. Bakar pada suhu 160oC selama 45 minit (atau sehingga masak) menggunakan kaedah bain marie (loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar).





Untuk dapatkan versi pelangi :
  1. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yang sama banyak.
  2. Warnakan setiap bahagian dengan warna yang digemari - warna asal (putih), hijau epal dan merah jambu.
  3. Ambil sesenduk kecil adunan putih dan letakkan di tengah2 loyang.
  4. Ambil sesenduk kecil adunan hijau epal dan letakkan di tengah2 adunan putih tadi.
  5. Ambil sesenduk kecil adunan merah jambu dan letakkan di tengah2 adunan hijau epal tadi.
  6. Ulang Step 3 - 5 hingga habis.

15 comments:

dZana said...

lama tul akak tak buat kek ni.. dulu2 plain jer.. la ni dah upgraded.. cantik berkala2..

Nazrah Bakery & Dunia Kuih said...

mesti meriah rasa cheese..warna pelangi pun cantik juga

izahdaut said...

tu diaaa...pelangi sungguh.memang cantik buat pelangi sebab elok je texture dia ni.

Mas said...

wahhh...cantik pelangi tu...
berseri2 kek cheese tu...

bobhandburry said...

Salam kunjungan.. blog menarik.. singgah la ke blog saya :)

http://www.zuwairiaiman.com

meare said...

salam kak,mintak izin nk try wat n kalu jd nk copy kat blog ;D

Nalfiza's Kitchen said...

sedap2 resepi kat sini..nak try wat la nnt..

Clinica Psicologia said...

Just saw it and its very good. Thanks for the post.

kekwa22 said...

cantiknyer.... ce mana nak wat belang2 cam nih...

Ummi said...

Assalam Azita, tersangat cantik belang2nya kek tuh...sayang nak makan...akak x buat2 lgk...adeii bila laa nak buat, tengok sume nak dah ni..

maNis said...

Assalamualaikum Azita, mohon followur blog. Canteknya kek ni. Semangat nak cuba juga......saya amek resepinya ya.

Azita Zain said...

Kak Zana :
Ini percubaan pertama saya...Alhamdulillah, menjadi!

Nazrah :
Originalnya tak ada pelangi pun tapi saya pelangikan untuk bagi canti dan menarik minat anak2...

Izah Daut :
Pelangi tak cukup warna...hehehe

Azita Zain said...

Mas :
Lagi berseri kalau kalerful...hehehe

Bob :
InsyaAllah...

Meara :
Silakanlah! Resepi2 yang ada di sini semuanya untuk dikongsi...

Nalfiza :
Selamat mencuba..!

Azita Zain said...

Clinica :
You should try...!

Kekwa22 :
Camana nak buat belang2 tu? Alamak...camana nak terangkan ya! Bila akak buat lagi, akak akan masukkan cara2 untuk memelangikannya...Insyaallah!

Kak Ummi :
Kat umah akak tu lagi ler bermacam2 masakan ada. Terliaur jer saya kalau jenguk umah akak tu...!

Manis :
Silakanlah...

SueNahar said...

cantiknya kek. macam kek lapis saya lak. Tapi kek lapis lurus yang nie berlengkung lengkung. lagi cantik...