Wednesday, June 8, 2011

Kek Karamel Alunan Kasih



Resepi asal adalah daripada AnnaQaseh (telah diedit mengikut kesesuaian sendiri).
Sumber : AzitaZain - Loyang 8 ½"

Bahan A - Gula Hangus :
2 sudu besar gula - tabur gula ke dalam loyang yang akan digunakan untuk membakar kek nanti dan masak atas api perlahan. Biar gula hancur dan warna bertukar jadi perang. Ketepikan.

Bahan B - Lapisan Atas :
½ tin susu cair - boleh tambah kalau nak karamel tebal sikit
70gm gula kastor - saya guna 4 sudu besar rata
½ sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur
1 sudu besar tepung kastad

Bahan C - Lapisan Kek :
140gm tepung gandum
70gm gula kastor - saya gunakan 4 sudu besar rata
3 biji kuning telur
135ml air biasa
1 sudu teh baking powder
45ml minyak masak
2 sudu besar susu pekat manis

Bahan D - Merinque
6 biji putih telur
70gm gula kastor - saya gunakan 4 sudu besar rata
1 sudu teh cream of tartar

Serbuk koko secukupnya
Penapis teh yang halus
Pewarna mengikut citarasa - apple green, lemon yellow, pink
Emulco mengikut warna - pandan, strawberry (optional)




Cara-cara :
  1. Campurkan semua Bahan B dan kacau perlahan2. Jangan sampai berbuih. Nanti tak jadi karamelnya. Tapis dan ketepikan.
  2. Campurkan semua Bahan C dan kacau hingga sebati dengan menggunakan whisk sahaja. Ketepikan.
  3. Pukul Bahan D hingga jadi kental dan tidak jatuh bila adunan diterbalikkan.
  4. Campurkan Bahan D ke dalam Bahan C dan kacau hingga sebati.
  5. Bahagikan kepada 3 bahagian dan warnakan dan masukkan 1 sudu teh emulco untuk setiap warna. Warna hijau + pandan emulco, pink + strawberry emulco. Kacau rata.
  6. Masukkan Bahan B ke dalam dalam loyang gula hangus.
  7. Tuangkan adunan berwarna hijau dan ratakan. Ayak nipis2 serbuk koko di atasnya.
  8. Lapiskan pula dengan adunan berwarna kuning. Ratakan dan ayakkan serbuk koko di atasnya.
  9. Akhir sekali lapiskan adunan berwarna pink dan ratakan. Tidak perlu diayak serbuk koko.
  10. Bakar secara bain marie (loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar) selama 1 jam pada suhu 175oC. 
  11. Bila masak, keluarkan dan rehatkan selama 10 minit sebelum diterbalikkan.
  12. Masukkan dalam petiais selama 1 jam sebeluim dimakan. Mmmm....yummy!



Nota :
  1. Untuk jadikan kek tu beralun-alun, buat sama macam melapis Kek Alunan Kasih.
  2. Untuk mengelakkan permukaannya hanus, tutup permukaannya dengan aluminium foil selepas dibakar 30 minit.

3 comments:

toRA@7 said...

Salam kak...t'cari2 resipi ni t'jmpe laaa blog akak...sy dh try wat smalam..tp manis sgt laaa...konon2 sy timbang laaa 70gm gula tu...mgkin sy yg silap tmbang kot...pasni wat sy nk ikot care akak..wat 4 sudu je...huu

kekwa22 said...

waahhh... sangat lazat nampaknya.... mintak salin resepi yerrr azita..

Fiza Nordin said...

nak try!!! dah salin resepi... terima kasih k ita :D