Tuesday, April 12, 2011

Fruit Pastry Cake



Resepi ini saya cedok dari  rumah Nor Azmihah Mohamed dan Nor pulak dapat sumber dari Gert. Thanks to both of you... Tapi saya edit sikit resepinya untuk lebih senang faham dan mengikut kefahaman saya.


Bahan-bahan :
113gm mentega - pada suhu bilik
1 cawan gula kastor - saya letak 150gm (Nor letak 180gm)
50gm sour cream - saya gantikan dengan yogurt asli(sama macam Nor)
1 sudu teh esen vanilla
Secubit garam
1 sudu teh orange zest
3 biji telur Gred A - pada suhu bilik
210gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
Buah2an segar secukupnya - saya guna strawberries, seedless grapes dan peach dalam tin



Cara-cara :
  1. Basuh buah2 segar, lap dengan kitchen towel. Letak atas tapis dan taburkan dengan gula kastor. Untuk buah peach, basuh dan toskan. Lap dengan kitchen tissue dan tabur juga dengan gula kastor. Ketepikan.
  2. Panaskan ketuhar pada 170oC. Gliskan loyang 8" dengan mentega. 
  3. Pukul mentega, gula kator dan sour krim hingga berkrim. 
  4. Masukkan telur satu persatu dan pukul hingga sebati.
  5. Masukkan tepung, baking powder, esen vanilla dan orange zest. Kacau hingga sebati.
  6. Tuang adunan ke dalam loyang. Aturkan buah2 di atasnya mengikut citarasa sendiri.
  7. Bakar selama 50 ~ 60 minit atau sehingga kek masak.
  8. Sejukkan sebelum dihidangkan.



Nota :
Saya juga ikut cara Nor. Selepas 40 minit dibakar, saya letak sekeping aluminium foil di atasnya  untuk mengelakkan permukaannya hangus dan teruskan proses pembakaran hingga kek masak sepenuhnya.
Buah2 segar juga boleh diganti dengan buah2 kegemaran sendiri.




4 comments:

hani said...

salam kak ita,
cantik kek akk...sangat mengujakan..sedapp

Azita Zain said...

Hani :
cubalah...gerenti puashati!

neeta said...

ishh...ishhh... sedapppp nya...
mesti try nie...

Cendana Kasih said...

salam Ita...nampak sedap sungguh kek ni....mesti dicuba...nk beli peach dulu yer.. TQ