Monday, March 7, 2011

Fruits Tart




Bahan2 Untuk Tart Crust :
Sila rujuk di sini : Resepi Dan Tips Cheese Tart


Bahan2 Untuk Kastad :
1 cawan tepung kastad
2 cawan susu cair (saya guna susu rendah lemak)
2 cawan air
3/4 cawan gula (boleh dikurangkan kepada 1/2 cawan)
1 camca besar marjerin

Cara2 :
  1. Masukkan semua bahan kecuali marjerin ke dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana besar sehingga pekat.
  2. Masukkan marjerin. Matikan api dan kacau hingga marjerin cair sepenuhnya.
  3. Masukkan ke dalam piping bag. 

Buah2an :
Mengikut selera sendiri - anggur hijau, anggur merah, peach, strawberry, kiwi
Potong mengikut citarasa masing2.

Cara Untuk Menghias :
  1. Picitkan adunan kastad ke atas tart crust.
  2. Susun buah2an pilihan.
  3. Glis buah2an dengan piping jelly - supaya nampak berkilat.

Nota :
  1. Untuk adunan kastad, boleh juga menggunakan 4 cawan air sahaja (tanpa menggunakan susu). Dengan ini adunan kastad akan nampak lebih striking / keemasan lagi.
  2. Semasa memicit adunan kastad, boleh juga menggunakan nozel berbentuk bintang.

8 comments:

mamazieza said...

mama suka tgk cis tu yang elok kembung kat atas ... lawa dan very yummyyyyy

Siti said...

kak ita amiklah sy jadik anak murid..please!!!

PUTUBAMBU said...

salam kenal azieta..!

uuiii..temptingnya resipi awak kat sini....

kalau kita kopi resipi takpe kan? ekekek

tq

Mekar said...

Salam Kak,
Cantik2 aje gambar masakan kat sini.

Tumpang tanya : bagaimana pula kita nak kekalkan kerangupan tart shell ini selepas kita dah letak bahan2 kastat dan buah di atasnya. (xlembek ke nanti.
Biasanya boleh tahan berapa lama ya kalau buat cis tat ni

from : mymekar.com

:: Wani :: said...

salam kak...sy baru follow akak....cm best tguk tart ni....sy nk cube..nk cube... =D

Mcburn's Kitchen said...

Salam,
Nice blog, macam2 kueh baru dan moden,innovative!! in your cooking style, though some deviation from the norm. Should be tantalizing to the palate.

Azita Zain said...

mamazieza :
alhamdulillah...

siti :
jom le...!

putubambu :
silakan...resepi2 di sini adalah untuk dikongsi bersama...

mekar :
nak tahan lama, sapu dulu permukaan shell tu dgn lapisan nipis cokelat cair. insyaallah tahan rangup...

wani :
terima kasih krn follow akak...

mcburn :
thanks for visiting...

Yanti... said...

guna coklat masakan @ coklat utk buat homemade coklat?