Wednesday, February 9, 2011

Apam Beras





Resepi asal saya ambil daripada tokey apam yang terkenal...AmFlora.

Bahan-bahan :
2 cawan nasi
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 cawan brown sugar
3/4 cwn gula pasir (dua2 gula pasir pun takpe)
2 1/2 cwn air
2 sudu kecil yis (mauripan)

Kelapa parut digaul dengan sedikit garam (akak tak guna pun...)

Cara-cara :
  1. Blend nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus). 
  2. Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. Dalam bekas lain, satukan tepung gandum, tepung beras dan yis.
  4. Selepas itu, masukkan bahan cecair tadi ke dalam bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. Perap selama 3 jam.
  6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
  7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
  8. Kaut sedikit adunan ke dalam mangkuk kecil. Masukkan beberapa titik pewarna yang digemari dan kacau rata2.
  9. Masukkan adunan dalam acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  10. Hidang bersama kelapa yang telah di gaul dengan sedikit garam.. atau enak dimakan begitu saja.

8 comments:

Antan Bertingkah said...

Sedapnya tengok apam ni...bilalah akak ni nak mula mengapam pulak ni...

Azita Zain said...

Antan :
apam ni mmg sedap. ini percubaan pertama saya. alhamdulillah...menjadi!

Sari Yusa Ibrahim said...

bila tokey cistat jumpa tokey apam... hehe. Kak Ita, ambil ni... http://sariyusa.blogspot.com/2011/02/dah-musim-tag-award.html

noradzlina.kamdani said...

cara apam tu pecah mcm apam guna eno ek...nnt nk cuba la...

noradzlina.kamdani said...

sy dh cuba resepi ni..thanx...
sy xtgu 3 jam pun...xsabar he he he
ank2, suami n kwn2 puji sedap..thanx for sharing.

Miss Fetty said...

Hi, azita... sedapnya apam awk ni... sy kene try wat ni,, mesti huby suka..pastu sy nk update at my blogger... free nnti meh la jenguk ke dapur saya pula...

Azita Zain said...

Yus :
Insyaallah...nanti akak gi amik ya.

Lina :
Alhamdulillah. Anak2 akak pun suka apam ni. Skrg ni kalau ada baki nasi, mesti buat apam ni...

Fetty :
Cubalah...tak rugi utk mencuba!

WarisanBonda said...

salam ziarah...cantikknyer apam-apam tu..mesti sedap kan..