Tuesday, January 18, 2011

Marble Chocolate Cheese Cake





Bahan A :
180 gm mentega
170 gm gula halus (gula kastor)
3 biji telor gred A
20 gm serbuk koko *
120 gm tepung halus *
1 camca teh baking powder * (bahan * diayak bersama)

Bahan B :
250 gm cream cheese (pada suhu bilik)
60 gm gula halus (gula kastor)
1 camca teh esen vanila
1 biji telor gred A




Cara-Cara :-
  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Lenser tin berukuran 8"x8"x3". Alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula hingga putih.
  3. Masukkan telor satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur.
  4. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata dengan spatula.
  5. Dalam mixing bowl lain yang bersih dan kering, masukkan cream cheese, esen vanila dan gula. Putar hingga sebati.
  6. Masukkan telor dan putar hingga gula hancur dan adunan berkrim.
  7. Tuangkan separuh adunan coklat dalam loyang, ratakan.
  8. Tuang pula kesemua adunan cream cheese dan ratakan.
  9. Tuangkan baki adunan coklat dan ratakan.
  10. Bakar selama 40 - 45 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sebelum dipotong.

2 comments:

Nieza said...

Sedapnya!...btw salam kenal..saya follow yer...:)

Azita Zain said...

Nieza :
salam ukhuwah dari akak...