Bahan-bahan :
2 keping roti putih @ wholemeal
2 biji telur - dipukul sedikit
Kacang merah panggang dalam tin secukupnya
Daun salad
Hirisan timun
Hirisan tomato
Sos cili
Mayonis
Cara-cara :
- Sapu sedikit mentega di kedua2 belah kepingan roti dan letak atas kuali panas sehingga sedikit keperangan. Ketepikan.
- Tuangkan separuh telur ke atas kuali dan lenggangkan sehingga saiznya lebih besar daripada saiz roti - macam buat kuih ketayap tu.
- Letakkan sekeping roti di atasnya. Lipatkan tepi telur ke atas roti (4 side).
- Buat untuk kedua2 roti tersebut.
- Letak roti pertama dalam piring yang sesuai. Letakkan daun salad, hirisan timun dan tomato.
- Letak pula kepingan kedua diatasnya.
- Letakkan daun salad, hirisan timun dan hirisan tomato. Picitkan cili sos dan sudukan kacang keatasnya.
- Akhir sekali picitkan mayonis. Siap!!!!
Nota :
Kalau nak buat satu lapis sahaja pun boleh juga...
Hiasan terpulang kepada citarasa masing2...

