Tuesday, November 2, 2010

Tumis Sardin Bersama Kentang Dan Sosej Blackpepper




Bahan-bahan :
1 tin ikan sardin dalam tin - tin yang besar
2 ulas bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 inci halia - dimayang
2 susu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 biji kentang - dipotong dadu sederhana besar
3 batang sosej blackpepper yang panjang - dipotong serong
Perasa secukupnya

Hiasan :
1 labu bawang besar - dipotong bulat2
2 biji cili hijau - boleh juga guna cili merah - dibelah 2
1 biji tomato - dibelah 4 - jika suka


Cara-cara :
Goreng kentang yang telah dipotong dadu dan juga sosej hingga masak. Angkat dan ketepikan.
Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga kekuningan.
Masukkan sos tiram dam sos cili. Kacau hingga sebati.
Masukkan ikan sardin (bersama sosnya sekali). Tambah sedikit air jika perlu. Biarkan mendidih.
Masukkan perasa secukupnya.
Akhir sekali masukkan bahan2 hiasan. Matikan api. Kacau hingga sebati.
Siap untuk dihidangkan...