Tuesday, October 26, 2010

Agar-Agar Karamel







Resepi ini saya ambil daripada blog Yatie tapi saya catatkan mengikut gubahan Nor T'ganu.

Bahan-bahan :
10gm serbuk agar-agar
700ml air
5 camca besar gula
300ml susu cair - saya gunakan susu rendah lemak
1 camca besar tepung kastad
1 sudu teh esen vanilla
1/2 cawan gula (*)
3 camca besar air (*)

Cara-cara : 

  1. Masak gula dengan api sederhana hingga cair, kacau perlahan2 hingga gula bertukar menjadi kuning keemasan dan kelihatan berbuih. Dengan berhati2 tuang air dan kacau hingga sebati. Masak sekejap lagi hingga pekat. Angkat dan tuang dalam bekas untuk membekukan agar2. 
  2. Satukan susu cair dengan tepung kastard, kacau rata dan tapis. Satukan gula, air dan sebuk jelly/serbuk agar2, kacau rata dan jerang atas api dan kacau hingga semua larut dan mendidih. Perlahankan api dan masukkan bancuhan susu+kastard, kacau rata.
  3. Masak hingga bancuhan kelihatan sedikit pekat (bila angkat seduk, bancuhan jatuh bertali), matikan api dan tuang dalam bekas yang berisi karamel tadi. Biarkan suam dan simpan dalam peti sejuk 2 - 3 jam. Keluarkan agar2 dan isi dalam piring, hidangkan dingin...



Nota :

  • Bila guna serbuk agar2 kena lebihkan air, sebab tekstur puding jadi keras sikit.
  • Dalam adunan puding Nor kurangkan sukatan gula sebab dah ada rasa manis dari karamel.
  • Kalau masak guna serbuk agar2 tak perlu masak lama bila dah letak adunan susu + kastad sebab serbuk agar2 tu akan buat adunan akan pejal tak seperti kalau guna jelly.