Saturday, August 14, 2010

Bubur Som-Som Pandan



Bahan-bahan :
1 cawan tepung beras
4 cawan santan
1 sudu teh pandan emulco - boleh ganti dengan kisar daun pandan bersama santan dan tapiskan
Secubit garam

Cara-cara :
  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Kacau sebati.
  2. Masak dengan api sederhana besar hingga mendidih dan pekat.
  3. Tuang ke dalam acuan yang kecil2. Sejukkan sebentar sebelum dimasukkan ke dalam petisejuk.

Sirap Gula Melaka
250 gram gula Melaka
500 ml air
2 helai daun pandan

Cara-cara :
  1. Masak semua bahan hingga gula cair. Tapiskan dan sejukkan.


Thursday, August 12, 2010

Kuih Tako



Kuih Tako versi kakak ipar di Muar. Senang dan ringkas. Satu adunan ni boleh dapat 58 bekas kuih tako tu...

Bahan-bahan bahagian bawah :
1 cawan tepung jagung
5 cawan air
1 cawan gula
1 camca besar pandan emulco
1 biji buah pear - dipotong dadu kecil2

Cara-cara :
  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk kecuali buah pear. Kacau hingga tepung jagung larut sepenuhnya.
  2. Masak di atas api sederhana besar sambil dikacau sehingga adunan mendidih.
  3. Masukkan buah pear dan kacau rata.
  4. Tuangkan adunan ke dalam acuan kuih tako.


Bahan-bahan bahagian atas :
1 cawan tepung jagung
7 cawan santan - saya gunakan 2 cawan susu segar + 5 cawan santan
Garam secukupnya

Cara-caranya :

  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan sebatikan.
  2. Masak di atas api sederhana besar sehingga pekat dan mendidih.
  3. Tuangkan ke atas lapisan bawah tadi dan sejukkan.