Saturday, June 19, 2010

Brownies (2)




Resepi asal dari Chef Hanieliza.
Sila rujuk di SINI untuk resepi asal.


Bahan A :
2 cawan gula perang (brown sugar)
1 cawan mentega cair
1 cawan susu cair (saya guna susu rendah lemak)
1 cawan air panas

Bahan B (pukul sedikit) :
2 biji telur
1 camca teh esen vanilla

Bahan C (diayak) :
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 camca teh soda bikarbonat
1 camca teh baking powder

Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada 175 darjah Celcius selama 10 minit.
  2. Gliskan loyang dengan mentega dan alas dengan kertas minyak ataupun baking paper. Biarkan ada lebih dikedua hujung yang panjang (senang nak keluarkan brownies nanti).
  3. Satukan Bahan A dan kacau hingga rata.
  4. Masukkan Bahan B ke dalam Bahan A dan kacau rata lagi.
  5. Masukkan pula Bahan C dan kacau rata lagi.
  6. Tuang ke dalam loyang. Bakar selama 40 - 45 minit.


Topping Cokelat :

Bahan-bahan :
250gm cokelat masakan
1 camca besar mentega
1 camca teh susu cair

Cara-cara :
  1. Panaskan cokelat masakan menggunakan kaedah double-boiler.
  2. Bila cokelat dah cair, matikan api dan masukkan mentega. Kacau rata.
  3. Masukkan susu cair dan kacau lagi.
  4. Curahkan ke atas brownies yang telah disejukkan dan boleh dihias mengikut citarasa sendiri.




Monday, June 7, 2010

Chewy Gooey Yummy Brownies




Resepi ini saya ambil dari blog Leen (Cetusan Selera). Tapi resepinya dah ubah sikit dari yang original tapi masih ikut cara Leen...


Bahan-bahan :
  • 125 gm mentega
  • 200 gm dark chocolate - saya guna cooking chocolate biasa je
  • 3 biji telur
  • 1 ½ cawan gula kastor 
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 1 ½ cawan tepung - diayak
  • 1/3 cawan serbuk koko - diayak
  • 2 cawan kekacang cincang (pilihan sendiri) - saya letak ½ cawan sliced almond + ½ cawan chopped walnut


 

 

 
Cara-cara :
  1. Panaskan oven ke 180 darjah Celcius. Sapu loyang 8"x11" dengan mentega. Alaskan dasarnya dengan baking paper, biarkan ada lebih di kedua2 hujung yang panjang.
  2. Masak mentega dan cokelat dengan kaedah double-boiler sehingga cair. Masukkan gula kastor dan kacau rata. Angkat magkuk dari air mendidih. 
  3. Tambahkan telur sebiji demi sebiji sambil dikacau rata. Tambahkan esen vanilla dan kacau lagi. 
  4. Masukkan pula tepung dan serbuk koko yang telah diayak. Kacau rata.
  5. Masukkan pula kekacang dan kacau rata lagi.
  6. Tuangkan ke dalam loyang dan bakar selama 30 minit.
  7. Biarkan sejuk sebelum dipotong & dihias dengan topping pilihan.

 

 
Topping :
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 50 gm serbuk koko
  • 50 gm mentega
 
Semua bahan dimasak dengan kaedah double-boiler hingga larut dan pekat.

 
 

Tuesday, June 1, 2010

Ayam Kayu Manis




Bahan-bahan :
  • 6 ketul ayam - bahagian yang banyak daging - potong kecil2
  • 3 ulas bawang putih - cincang
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 batang kulit kayu manis
  • 3 urat kacang panjang - dipotong anggaran 1" panjang
  • 1 biji cili merah - dipotong serong
  • 1 biji cili hijau - dipotong serong
  • 1 cawan air
  • 1 sudu tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air

Cara-cara :
  1. Tumis bawang putih bersama kulit kayu manis hingga bawang putih kekuningan.
  2. Masukkan sos tiram. Kacau rata2.
  3. Masukkan ayam dan secawan air. Biarkan mendidih dan sehingga ayam empuk.
  4. Masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau rata.
  5. Masukkan kacang panjang dan hirisan cili merah dan hijau,. Kacau sekejap. Matikan api.
  6. Siap untuk dihidangkan.




Kek Marble Susu

 
 
Resepi asal daripada Chef Norzailina. Boleh juga didapati di blog CMG dan Yatie.
 
Bahan-bahan :
250 gm mentega (nak sedap guna mentega berkualiti tinggi)
230 gm gula halus (saya gunakan 200gm sahaja)
2 camca teh ovallate
4 biji telur gred A
270 gm tepung halus * (saya gunakan tepung gandum sahaja)
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
60 gm susu pekat manis (saya gunakan 3 camca besar)
2 camca besar serbuk koko
2 camca besar susu cair (saya gunakan 3 camca besar)
1 camca teh coklat emulco


 
 
Cara-cara :
  1. Pukul mentega, ovallate dan gula halus hingga putih. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur. Masukkan susu pekat dan gaul rata.
  2. Perlahankan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata. Bahagi adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak.
  3. Satu dibiarkan tanpa warna dan satu bahagian di campur dengan susu cair, serbuk koko dan coklat emulco. Gaul hingga sebati.
  4. Tuang secara berselang seli antara adunan tanpa warna dan adunan coklat (saya sudukan 2 sudu besar untuk setiap adunan) dalam tin yang telah dilenser dengan mentega dan dasarnya dialas dengan kertas minyak.
  5. Kemudian buat beberapa pusingan dengan menggunakan chopstick (saya tidak buat sebab saya sudukan adunan sedikit2 untuk dapatkan belang yang agak halus).
  6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 - 35 minit. Saya bakar 45 minit, bergantung pada oven masing2 ya.
  7. Sejukkan 5 minit sebelum dikeluarkan dari tin. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan dan hias ikut suka.