Bahan-bahan :
1 ¼ cawan tepung gandum
1 cawan tepung naik sendiri
1 sudu kecil garam
1 cawan mentega @ marjerin – lembut
1 cawan gula perang lembut (soft brown sugar)
2 biji telur (saiz B)
1 sudu kecil esen vanilla
Segenggam badam cincang (almond nibs)
Coklat Chip secukupnya
Cara-caranya :
- Campurkan tepung2 bersama dengan garam. Ketepikan.
- Pukul gula perang bersama dengan mentega hingga kembang.
- Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga rata.
- Masukkan esen vanilla dan ratakan.
- Masukkan tepung dan badam dan putar hingga rata.
- Panaskan ketuhar pada 180 darjah Celcius.
- Alas loyang pembakar dengan baking paper.
- Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipingkan ke atas loyang mengikut saiz yang dikehendaki.
- Selain daripada menggunakan piping bag, boleh juga disudukan sahaja.
- Kemudian hiaslah dengan choc chip dan ditekan sedikit di atas adunan tersebut.
- Bakar selama lebih kurang 10 minit.
- Biarkan betul2 sejuk sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
Untuk mendapatkan versi berwarna cokelat ini, ubah sedikit bahan2 yang digunakan seperti berikut :
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung naik sendiri
¼ cawan serbuk koko
Segenggam almond slice yg dicincang kasar2 (menggantikan almond nibs)
Bahan2 lain dan cara2nya masih sama seperti di atas.
Selamat Mencuba!!!

