Friday, March 26, 2010

Ikan Masak Tiga Rasa




Sumber asal resepi ialah daripada buku Senangnya Memasak Ikan Bersama Chef Hanieliza.

Bahan A :
  • 1 ekor ikan bawal ataupun siakap (saya gunakan 2 ekor ikan siakap)
  • 1 sudu besar tepung jagung (untuk menyalut ikan)
  • 3 ulas bawang merah (**)
  • 1 labu bawang besar (**)
  • 2 ulas bawang putih (**)
  • 3cm halia (**)   (**) - dihiris

Bahan B (Untuk Sos) :
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar air
  • 1 sudu kecil gula pasir

Bahan C (Sebagai Hiasan) :
  • 1 pokok daun bawang
  • 2 biji cili merah
  • 2 biji cili hijau
  • 2 biji tomato (belah 4)

Cara-cara :
  1. Goreng ikan yang telah dilumurkan dengan tepung jagung dengan minyak yang banyak hingga garing. Angkat dan letakkan dalam pinggan hidangan.
  2. Panaskan 2 sudu besar minyak dan tumis bahan2 yang telah dihris hingga kekuning2an.
  3. Masukkan bahan sos dan biarkan mendidih. Kacau rata.
  4. Masukkan bahan hiasan dan tutup api.
  5. Curahkan kuah ke atas ikan dalam pinggan hidangan tadi.
  

 Tips :
Bawang merah efektif pada sel kanser hati dan dapat menolong hati membuang toksin dari badan.

Thursday, March 18, 2010

Puding Pelangi

 
 
 
Resepi asal ialah daripada Alma @ MyResipi tetapi saya dah edit sedikit cara-caranya.
 
Bahan-bahan :
10 gm serbuk agar2
650ml air
200 gm gula pasir (saya gunakan 160 gm sahaja)
60 gm mentega
½ tin susu cair
1 sudu makan tepung kastad
1 sudu makan serbuk koko - bancuh dengan sedikit air (saya gunakan chocolate paste)
½ sudu teh esen vanilla
Sedikit pewarna kuning dan merah
 
Cara-cara :
  1. Masak agar2, air dan gula hingga mendidih.
  2. Pukul telur sebantar. Kemudian masukkan susu dan tepung kastad dan kacau hingga rata.
  3. Satukan adunan telur dan agar2 dam masak hingga mendidih sambil dikacau selalu.
  4. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Satu bahagian dicampurkan dengan bancuhan koko, satu bahagian dengan pewarna kuning dan satu lagi dengan pewarna merah. Kacau rata2.
  5. Sengetkan loyang sedikit, biar satu hujung tinggi sedikit (alaskan dengan apa2 untuk meninggikannya).
  6. Mula2 tuangkan satu senduk kecil adunan warna merah ke dalam loyang (di hujung yang paling rendah). Kemudian satu senduk kecil adunan warna kuning dan akhir sekali satu senduk kecil adunan warna coklat. Ulang hingga semua adunan habis.
  7. Bila dah siap, letakkan semula loyang ke kedudukan asalnya. Biarkan sejuk sedikit sebelum dimasukkan ke dalam petiais. 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Friday, March 12, 2010

Kek Cokelat Kukus Lembab (2)




Kek Cokelat Kukus Lembab ini adalah variasi dari Kek Cokelat Kukus Lembab yang sebelumnya...

Bahan A (diayak) :
1 cawan serbuk koko
2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder

Bahan B (pukul sebati) :
1 cawan minyak masak @ minyak jagung
400ml susu cair @ susu segar
5 biji telur Gred B
1 1/2 cawan gula pasir

Bahan C :
1 cawan air panas
1 sudu teh Nescafe Gold @ nescafe biasa

Cara-cara :
  1. Panaskan kukusan. Balut penutup untuk mengelakkan air daripada menitis ke atas kek.
  2. Tuang Bahan B ke dalam Bahan A sambil dikacau hingga rata. Cukup dengan menggunakan whisk sahaja.
  3. Setelah sebati, tuangkan Bahan C pula. Kacau lagi hingga rata dan sebati.
  4. Tuangkan ke dalam loyang bulat 9" dan kukus selama 45 minit atau hingga masak.

Tekstur kek ini berbeza daripada kek yang sama sebelum ini yang lebih padat, mampat dan lembab.





Agar-Agar Santan



Bahan-bahan :
1 paket agar-agar tali (stripe) - 18gm
1600ml air
1 1/2 cawan gula pasir

200ml santan pekat
2 biji telur
1 sudu besar pandan paste
Sedikit pewarna hijau jika perlu warna yang lebih terang


Cara-cara :
  1. Basuh agar2 dan masak bersama air hingga agar2 betul2 hancur.
  2. Sementara menunggu agar2 hancur, pukul telur (cukup dengan menggunakan garfu sahaja). Masukkan pati santan dan pandan paste. Kacau rata dan ketepikan.
  3. Masukkan gula ke dalam periuk agar2 dan masak hingga gula hancur.
  4. Masukkan campuran telur dan dikacau selalu. Jangan dibiarkan memdidih.
  5. Matikan api jika nampak adunan sudah macam hendak mendidih.
  6. Tuangkan ke dalam loyang pilihan dan sejukkan sedikit sebelum dimasukkan ke dalam petiais.
  7. Tunggu hingga elok keras sebelum dipotong.


Nota :
  1. Untuk mengelakkan agar2 yang telah siap dimasak daripada cepat berair, pastikan agar2 itu dimasak secukupnya @ dimasak dengan agak lama sedikit walaupun agar2nya telah hancur (Step 1).
  2. Selain daripada pandan paste, boleh juga menggunakan air daun pandan yang dikisar.



Selamat mencuba!!!

Tuesday, March 9, 2010

Ayam Halia Lada Hitam



Ini resepi sendiri. Main campur2 bahan jer...

Bahan-bahan :
6 ketul ayam sederhana besar
1 camca besar serbuk lada hitam
1 camca teh jintan manis
1 camca teh ketumbar
1 camca besr sos tiram
1 camca besar sos cili
3" halia - ditumbuk

Tepung goreng ayam secukupnya
Telur secukupnya - untuk celup ayam
Sedikit tepung jagung - bancuh dengan sedikit air
Daun salad secukupnya - untuk hiasan
Hirisan daun sup / bawang - untuk hiasan

Cara-cara :

  1. Perapkan ayam bersama bahan2 (selain daripada tepung goreng ayam) selama satu jam.

  2. Masak dengan api sederhana hingga separuh masak. Padamkan api.

  3. Celupkan ayam ke dalam telur, lumurkan dengan tepung goreng ayam dan goreng dengan api sederhana hingga garing.

  4. Buat cara yang sama untuk semua 6 ketul ayam.

  5. Panaskan lebihan air ayam yang dimasak tadi hingga mendidih. Masukkan bancuhan tepung jagung dan masak lagi hingga pekat.

  6. Susun daun salad ke dalam pinggan. Aturkan ayam yang telah digoreng tadi. Curahkan gravy ke atas ayam dan tabur dengan hirisan daun sup / bawang.

  7. Siap untuk dihidangkan.




Air Jimi Asmara




Resepi asal saya ambil dari MyResipi tapi tak pasti tuan empunya. Dah lama saya simpan resepi ini.

Bahan-bahan ( 1 jug ( 4-6 orang ) ) : 
4 sudu besar gula 
1 ½ sudu besar oren sunquick 
1 sudu kecil esen pisang (akak pakai cap star brand) 
Pewarna hijau beberapa titik 
Air masak putih secukupnya 
Ais batu secukupnya 

* tambah dan kurangkan mana2 bahan ikut selera masing2 tapi oren jangan terlebih takut tak menjadi.

Cara-cara :

  1. Masukkan gula dalam jug. Larutkan gula dengan sedikit air panas.

  2. Masukkan oren sunquick, esen pisang, pewarna hijau dan air. kacau sebati. Masukkan ais batu. 

  3. Dah siap untuk minum.





Wednesday, March 3, 2010

Teh C Peng



Resepi asal daripada 14Sept @ MyResipi.

Bahan-bahan :
Teh Pekat
Susu Cair (saya guna susu rendah lemak)
Gula melaka pekat
Ketulan ais

Cara-cara :
  1. Masukkan gula melaka pekat ke dalam gelas, ikut citarasa memasing. Kalau nak manis letaklah bebanyak.
  2. Kemudian masukkan ketulan ais. Penuhkan satu gelas. Baru masukkan susu cair.
  3. Akhir sekali baru masukkan teh pekat pelan²...
  4. Posing dulu sebelum dikacau untuk diminum....! (saya tambah step yang ini...hehehe).



Jom minum!!!



Tuesday, March 2, 2010

Sotong Goreng Kunyit Sos Lada Hitam




Bahan-bahan :
6 ekor sotong sederhana besar - kelar2kan badannya
Serbuk kunyit secukupnya
Garam secukupnya
4 camca besar sos lada hitam - saya guna yang 'ready-made' aje 
2" halia
2 ulas bawang putih - dicincang
1 camca tepung jagung - bancuh dengan sedikit air

Cara-cara :
  1. Lumurkan sotong dengan garam, serbuk kunyit dan sos lada hitam. Perapkan 10 minit.
  2. Panaskan kuali tahan lekat, aturkan sotong tadi di atas kuali dan masak dengan api yang sederhana.
  3. Balik2kan supaya masaknya sekata. Sotong ni tak perlu dimasak terlalu lama sebab nanti jadi agak liat.
  4. Angkat dan susun dalam pinggan hidang.
  5. Dengan menggunakan kuali yang sama, masukkan lebihan sos yang diperap tadi, masak dengan api yang sederhana. Tambahkan sedikit air dan kacau hingga mendidih.
  6. Masukkan halia dan bawang putih. Kacau rata.
  7. Masukkan bancuhan tepung jagung, kacau lagi hingga kuah menjadi pekat. Curahkan ke atas sotong tadi.
  8. Taburkan dengan sedikit daun sup dan daun bawang yang telah dihiris. Siap!!!