Saturday, February 6, 2010

Ala-Ala Coney Dog



Bahan-bahan :
4 buku roti hotdog
4 batang sosej (apa-apa perasa atau original)
3 biji telur
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
Sedikit lada hitam
Garam dan perasa secukupnya
Sedikit mentega

Cara-cara :
  1. Roti dibelah 2 (jangan sampai putus), sapu dengan sedikit mentega dan panaskan di atas kuali hingga permukaannya kekuning-kuningan. Ketepikan.
  2. Pukul telur bersama bawang besar, bawang putih, garam dan perasa.
  3. Panaskan sedikit mentega dan masukkan telur tadi. Kacau tanpa henti dengan garfu hingga telur hancur.
  4. Taburkan sedikit lada hitam dan  kacau lagi. Ketepikan.
  5. Goreng sosej hingga masak. Angkat dan toskan.
  6. Ambil sebuku roti, letakkan sosej yang telah digoreng dan taburkan telur hancur. Picitkan sos cili dan mayonis (jika suka) di atasnya. Siap untuk dimakan!




Wednesday, February 3, 2010

Ikan Kukus Tomyam

 
 
 
Bahan-bahan :
2 ekor ikan merah
1 batang serai - diketuk
2 helai daun limau purut - dicarik2
1 paket pes tomyam
Sayur2 secukupnya - ikut selera masing2
 
Cara-cara :
  1. Masukkan ikan ke dalam kuali.
  2. Kemudian masukkan serai, daun limau purut dan sayur2.
  3. Bancuh pes tomyam dengan air secukupnya dan tuang ke dalam kuali tersebut.
  4. Tutup kuali dan reneh dengan api perlahan hingga mendidih.

 
Nota :
Boleh juga gunakan kaedah kukus macam biasa. Tapi bahan2 tu kena masukkan ke dalam bekas yang bersesuainlah. Nak kukus kuali tu pun boleh juga....!
 
 
 
 

Ketam Masak Lemak Cili Padi

 
 
Resepi ini adalah resepi dari hubby tersayang.
 
Bahan-bahan :
4 ekor ketam - dibersihkan dan dipotong 2
10 biji cili api - boleh tambah kalau nak lebih pedas
5 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
1 batang serai - diketuk
1 helai daun kunyit - dicarik2
1 cawan @ 200ml santan pekat
Air secukupnya
Sedikit gula
Perasa secukupnya
 
Cara-cara :
  1. Kisar cili padi, bawang merah dan bawang putih.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 kisar tadi hingga naik bau.
  3. Masukkan santan, air, serai dan daun kunyit. Kacau2 hingga mendidih.
  4. Masukkan ketam dan balik2kan hingga rata kuah keseluruh bahagian ketam.
  5. Biarkan mendidih lagi dan perasakan garam dan gulanya. Siap!