Tuesday, January 19, 2010

Chocolate Muffin




Resepi asal ialah daripada Yani (MyResipi).

Bahan-bahan :
200gm coklat masakan
70gm mentega
2 biji telur
50gm gula halus
60gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder

Cara-cara :
  1. Cairkan coklat dengan menggunakan kaedah double-boiler.
  2. Kemudian masukkan mentega dan kacau hingga mentega cair.
  3. Panaskan oven sehingga suhu 170 degree.
  4. Dalam mangkuk lain, pukul telur bersama dengan gula. Cukup sekadar untuk meratakan telur dan gula sahaja.
  5. Masukkan telur ke dalam bancuhan coklat dan kacau hingga rata.
  6. Ayakkan tepung gandum dan baking power ke dalam magkuk coklat. Gaul hingga sebati.
  7. Isikan adunan ke dalam muffin cup hingga separuh penuh. Bakar selama 20 minit.

Nota :
Selepas masak, mungkin muffin akan lembik sedikit tapi bila dah sejuk, muffin akan keras. Sekiranya selepas membakar selama 20 minit muffin anda masih lembik, tidak perlu dibakar semula.



Wednesday, January 13, 2010

Ikan Bakar Tomyam

Bahan-bahan :
2 ekor ikan kerisi
1 biji bawang besar
4 biji cili merah
4 ulas bawang putih
3 batang serai
3 biji cili padi - tambah jika nak lebih pedas
1 biji tomato - dipotong nipis
5 helai daun limau purut
1 sudu besar jus limau nipis @ lemon @ limau kasturi
2 camca besar pes tomyam
 
Cara-cara :
  1. Kisar cili merah, bawang putih, bawang besar, serai dan pes tomyam dengan sedikit air.
  2. Susun ikan di atas aluminium foil. Aturkan tomato yang telah dihiris dan juga daun limau purut.
  3. Curahkan bahan2 kisar dan juga jus limau.
  4. Balutkan dengan aluminium foil tadi dan bakar selama 30 minit. 

 

 

 
Nota :

 
Boleh dibalut dengan daun pisang dahulu sebelum dibalut dengan aluminium foil sebelum dibakar.
Boleh dibakar di dalam oven, terus di atas dapur gas ataupun di atas kualai leper.
Ikan kerisi boleh ditukar dengan ikan2 lain mengikut selera dan citarasa sendiri.