Thursday, August 12, 2010

Kuih Tako



Kuih Tako versi kakak ipar di Muar. Senang dan ringkas. Satu adunan ni boleh dapat 58 bekas kuih tako tu...

Bahan-bahan bahagian bawah :
1 cawan tepung jagung
5 cawan air
1 cawan gula
1 camca besar pandan emulco
1 biji buah pear - dipotong dadu kecil2

Cara-cara :
  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk kecuali buah pear. Kacau hingga tepung jagung larut sepenuhnya.
  2. Masak di atas api sederhana besar sambil dikacau sehingga adunan mendidih.
  3. Masukkan buah pear dan kacau rata.
  4. Tuangkan adunan ke dalam acuan kuih tako.


Bahan-bahan bahagian atas :
1 cawan tepung jagung
7 cawan santan - saya gunakan 2 cawan susu segar + 5 cawan santan
Garam secukupnya

Cara-caranya :

  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan sebatikan.
  2. Masak di atas api sederhana besar sehingga pekat dan mendidih.
  3. Tuangkan ke atas lapisan bawah tadi dan sejukkan.


8 comments:

noradzlina.kamdani said...

klu xde pandan emulco guna daun pandan biasa xble ke?

Azita Zain said...

salam lina...
boleh...akak nak senang jer, tu yg guna emulco tu...hehehe

noradzlina.kamdani said...

akk, sy dh cuba,
sy gantikan dgn daun pandan kn..jd sy blend daun pandan dgn 5 cwn air n amik extract nye jek campur sket pewarna hijau...alhamdulillah jd, cuma tawar sket yg lapisan atas sy (garam sket bebeno sy letak....) tp SEDAP BANGET...thanx ek sbb resepi mmg sgt mudah...ank dara sy suka sgt...

ct odah said...

kak kte amik resipi kat blog akak yer...

Azita Zain said...

lina :
alhamdulillah...menjadi pun!

ct :
silakanlah....mmg utk dikongsi bersama...

shafos said...

Sedapnye...saya minta izin salin resipinye ye...

::Azura Rahman:: said...

salam,

sedapnyer la kuih nie.. makan sejuk2 mmg x sedar dh habis.. hihihi..

btw bekas tu nmpk lain la.. x mcm bekas2 plastik biasa tu.. beli kt ner erk?.. =)

Unknown said...

Assalamualaikum,

Seronok tengok resepi dalam blog ini. Saya minta kebenaran salin ye...