Monday, June 7, 2010

Chewy Gooey Yummy Brownies




Resepi ini saya ambil dari blog Leen (Cetusan Selera). Tapi resepinya dah ubah sikit dari yang original tapi masih ikut cara Leen...


Bahan-bahan :
  • 125 gm mentega
  • 200 gm dark chocolate - saya guna cooking chocolate biasa je
  • 3 biji telur
  • 1 ½ cawan gula kastor 
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 1 ½ cawan tepung - diayak
  • 1/3 cawan serbuk koko - diayak
  • 2 cawan kekacang cincang (pilihan sendiri) - saya letak ½ cawan sliced almond + ½ cawan chopped walnut


 

 

 
Cara-cara :
  1. Panaskan oven ke 180 darjah Celcius. Sapu loyang 8"x11" dengan mentega. Alaskan dasarnya dengan baking paper, biarkan ada lebih di kedua2 hujung yang panjang.
  2. Masak mentega dan cokelat dengan kaedah double-boiler sehingga cair. Masukkan gula kastor dan kacau rata. Angkat magkuk dari air mendidih. 
  3. Tambahkan telur sebiji demi sebiji sambil dikacau rata. Tambahkan esen vanilla dan kacau lagi. 
  4. Masukkan pula tepung dan serbuk koko yang telah diayak. Kacau rata.
  5. Masukkan pula kekacang dan kacau rata lagi.
  6. Tuangkan ke dalam loyang dan bakar selama 30 minit.
  7. Biarkan sejuk sebelum dipotong & dihias dengan topping pilihan.

 

 
Topping :
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 50 gm serbuk koko
  • 50 gm mentega
 
Semua bahan dimasak dengan kaedah double-boiler hingga larut dan pekat.

 
 

6 comments:

Fiza Nordin said...

perghhh meleleh choc cair tu...

Deliah's Deli said...

salam singgah tuan rumah..pntg tgk brownies, tu yg dtg tu-ada lagi ke?

hana said...

salam k.ita... kiter dh ngences merebes nih tgk bronis akak!! huhuuu

kak ina kl said...

salam Azita..sedapnya tgk coklat tu..nanti nak buatlah..cuti sekolah ni..anak-anak ada kat umah.

Azita Zain said...

fiza :
yg meleleh2 tu yg menggiurkan...!

deliah :
waalaikumsalam. jemputlah dtg ke rumah. skrg ni asyik buat brownies je. sentiasa ada stok...

hana :
awak punya brownies lg mengancam. nk sebut namanya pun naik tergeliat lidah ni...

kakina :
anak2 saya pn dah kemaruk ngan brownies ni...

cHempaka Truly Chocs said...

memang ye,kecur den nenok nih!kan ku paksa diri tuk buat ni,musti!hehehe.thanx akak kongsi kn resipi :)