Saturday, June 19, 2010

Brownies (2)




Resepi asal dari Chef Hanieliza.
Sila rujuk di SINI untuk resepi asal.


Bahan A :
2 cawan gula perang (brown sugar)
1 cawan mentega cair
1 cawan susu cair (saya guna susu rendah lemak)
1 cawan air panas

Bahan B (pukul sedikit) :
2 biji telur
1 camca teh esen vanilla

Bahan C (diayak) :
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 camca teh soda bikarbonat
1 camca teh baking powder

Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada 175 darjah Celcius selama 10 minit.
  2. Gliskan loyang dengan mentega dan alas dengan kertas minyak ataupun baking paper. Biarkan ada lebih dikedua hujung yang panjang (senang nak keluarkan brownies nanti).
  3. Satukan Bahan A dan kacau hingga rata.
  4. Masukkan Bahan B ke dalam Bahan A dan kacau rata lagi.
  5. Masukkan pula Bahan C dan kacau rata lagi.
  6. Tuang ke dalam loyang. Bakar selama 40 - 45 minit.


Topping Cokelat :

Bahan-bahan :
250gm cokelat masakan
1 camca besar mentega
1 camca teh susu cair

Cara-cara :
  1. Panaskan cokelat masakan menggunakan kaedah double-boiler.
  2. Bila cokelat dah cair, matikan api dan masukkan mentega. Kacau rata.
  3. Masukkan susu cair dan kacau lagi.
  4. Curahkan ke atas brownies yang telah disejukkan dan boleh dihias mengikut citarasa sendiri.




5 comments:

ereen said...

kak ita..
sy ambik resepi yer.. nampak sedap jer brownier]s tu.. rase teringn nak mencuba...

ereen said...

kak..
dah cuba resepi akak..
tapi awat sy punya x sama cam akak punya hehehe.. tang mana sy silap yer.. brownies cam padat skit yer kak.. daripada kek coklat biaser tu..

harap tunjuk ajar hehe

azian said...

salam azita, nampak sedap brownies tu.

Ida Ddapur said...

slm kenal ita....ida follow yer..

Azita Zain said...

ereen :
silakanlah! mmg resepi2 di sini utk dikongsi bersama.

azian :
mmg sedap brownies tu...!

ida :
salam ukhuwah drp k.ita...