Wednesday, May 12, 2010

Simple Marble Cheese Cake



Bahan-bahan :
250 gm cream cheese
1 cawan fresh cream @ fresh milk
2 sudu besar jus lemon 
3 sudu besar tepung gandum 
2 biji telur Gred B
4 sudu besar gula
1 sudu kecil cokelat emulco

Cara-cara :
  1. Panaskan oven 175 degree. Sapukan loyang 8" dengan marjerin atau alas dengan kertas minyak ataupun oven paper.
  2. Masukkan semua bahan-bahan kecuali cokelat emulco ke dalam mangkuk dan putar hingga menjadi krim. 
  3. Ambil 2 sudu besar adunan dan asingkan. Letak cokelat emulco dan kacau rata. Masukkan ke dalam piping bag.
  4. Masukkan baki adunan ke dalam loyang. Marblekan dengan adunan cokelat tadi.
  5. Bakar selama 45 minit. Gunakan api atas dan bawah.
  6. Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap

 

 


Selamat Mencuba...!


8 comments:

MAMA IETA said...

Cantiknya! tapi ieta tak makan Cheese Cake.

Azita Zain said...

hehhe...ada org suka, ada org x suka. k.ita suka gak tapi tak ler sampai 'ketagihan'....kalau ada, makan. kalau tak ada tak kisah pun. apa2 pun, ciskek mmg sedap!

Ammar's Family said...

Sedapnya cheese kek..nk try la resepi ni.. :D

leeyana-mamadaniel said...

wahhh....look yummy lah...
nk watnya pon senang je kan...liana pon nk wat gak...:-)

MysDear said...

nnt nk try cheesecake nie...sy ska sgt cheesecake nie...pantang jumpa..ehehe...

Azita Zain said...

aduiii...org dh komen lama, baru ari ni nk balas komen. jgn marah ye kengkawan!

ammar's family :
cheese cake mmg sedap. nak buatnya pun senang. bahan2 pun tak banyak. cubalah!

leeyana :
cuba...jangan tak cuba!

MysDear :
cubalah! memang berbaloi2...!

lina said...

nampak mudah dan tak byk bahan....yg penting nampak sedap.

cHempaka Truly Chocs said...

nape laaaa baru ari nih saya tejumpe blog akak?rugi tuuu!*wink*keep up akak,pasni kompem ari2 bukak blog ni cr resipi nak masak,ngeh ngeh