Friday, April 16, 2010

Ikan Tumis Asam



Resepi daripada Chef Hanieliza (Senangnya Memasak Ikan Bersama Chef Hanieliza) cuma saya permudahkan di bahagian cara-cara memasaknya mengikut kefahaman dan ringkasan saya.


Bahan A :
2 keping ikan tenggiri (saya gunakan 3 ekor ikan kembung sederhana besar)
1 cawan air asan jawa (saya gunakan 2 sudu kecil pes asam jawa dibancuh dgn air)
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 biji tomato - dipotong 4 (saya gunakan 4 biji tomato cherry)
Garam secukupnya

Bahan B (Dihiris) :
3 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 inci halia
1 biji cili hijau (saya tak guna - sebab tak ada...)
1 biji cili merah (saya gunakan 2 biji)

Cara-cara :
  1. Bersihkan ikan, gaul dengan kunyit dan garam. Goreng hingga masak dan ketepikan.
  2. Tumis Bahan B hingga layu sedikit.
  3. Masukkan air asam jawa dan serbuk kunyit.
  4. Biarkan mendidih. Masukkan ikan dan tomato. Kacau hingga kuah rata ke seluruh ikan.
  5. Siap untuk dihidangkan.




Tips dari Chef Hanieliza :
Memakan bawang merah setiap hari boleh membantu pertumbuhan tisu tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis hingga 20%.

2 comments:

E-na Zarina said...

Salam...singgah sini pepagi buat perut rasa laparrrr!!!! adussss...

Azita Zain said...

salam e-na. hehehe...lapo ye! jemputlah makan ye. jgn malu2....