Friday, April 23, 2010

Choc Chip Cookies




Bahan-bahan :
1 ¼ cawan tepung gandum
1 cawan tepung naik sendiri 
1 sudu kecil garam
1 cawan mentega @ marjerin – lembut
1 cawan gula perang lembut (soft brown sugar)
2 biji telur (saiz B)
1 sudu kecil esen vanilla
Segenggam badam cincang (almond nibs) 
Coklat Chip secukupnya




Cara-caranya :
  1. Campurkan tepung2 bersama dengan garam. Ketepikan.
  2. Pukul gula perang bersama dengan mentega hingga kembang.
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga rata.
  4. Masukkan esen vanilla dan ratakan.
  5. Masukkan tepung dan badam dan putar hingga rata.
  6. Panaskan ketuhar pada 180 darjah Celcius.
  7. Alas loyang pembakar dengan baking paper.
  8. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipingkan ke atas loyang mengikut saiz yang dikehendaki.
  9. Selain daripada menggunakan piping bag, boleh juga disudukan sahaja.
  10. Kemudian hiaslah dengan choc chip dan ditekan sedikit di atas adunan tersebut.
  11. Bakar selama lebih kurang 10 minit.
  12. Biarkan betul2 sejuk sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.



Untuk mendapatkan versi berwarna cokelat ini, ubah sedikit bahan2 yang digunakan seperti berikut :
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung naik sendiri
¼ cawan serbuk koko 
Segenggam almond slice yg dicincang kasar2 (menggantikan almond nibs)

Bahan2 lain dan cara2nya masih sama seperti di atas.



Selamat Mencuba!!!

6 comments:

mrs. tarmizi said...

salam.. kak, sy amik link ye.. nak ltak kat blog.. thanks

Uncle Lee said...

Hello Azita, I love your name. Its a beautiful name...sounds Italian.
Ada lagi tu cookies? Can I have 6 pieces with your iced coffee? Ha ha.
And your ikan tumis asam.....I have not eaten this can't even remember when.

Can see you have a Black belt in cake and food cooking.
Have a nice weekend and keep a song in your heart, Lee.

Mat Gebu said...

salam azita...
Roti tu kan, kalau tak de tepung roti, boleh saja guna tepung gandum..

Azita Zain said...

mrs. tarmizi :
silakan...no problem!

Uncle Lee :
ikan tumis asam taste very nice. and the cookies, not only 6pcs but u can have it all...!
black belt?...i never wear any belt before...hehehe

leen hussain said...

kak ita...cookies ni rangup tak krapkrupkrapkrup?.heee...kalau crunchy leh try tapi ntah bila ler..heee

Azita Zain said...

leen :
cookies ni tak ler krapkrupkrapkrup sangat. tapi mmg sedap!