Thursday, March 18, 2010

Puding Pelangi

 
 
 
Resepi asal ialah daripada Alma @ MyResipi tetapi saya dah edit sedikit cara-caranya.
 
Bahan-bahan :
10 gm serbuk agar2
650ml air
200 gm gula pasir (saya gunakan 160 gm sahaja)
60 gm mentega
½ tin susu cair
1 sudu makan tepung kastad
1 sudu makan serbuk koko - bancuh dengan sedikit air (saya gunakan chocolate paste)
½ sudu teh esen vanilla
Sedikit pewarna kuning dan merah
 
Cara-cara :
  1. Masak agar2, air dan gula hingga mendidih.
  2. Pukul telur sebantar. Kemudian masukkan susu dan tepung kastad dan kacau hingga rata.
  3. Satukan adunan telur dan agar2 dam masak hingga mendidih sambil dikacau selalu.
  4. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Satu bahagian dicampurkan dengan bancuhan koko, satu bahagian dengan pewarna kuning dan satu lagi dengan pewarna merah. Kacau rata2.
  5. Sengetkan loyang sedikit, biar satu hujung tinggi sedikit (alaskan dengan apa2 untuk meninggikannya).
  6. Mula2 tuangkan satu senduk kecil adunan warna merah ke dalam loyang (di hujung yang paling rendah). Kemudian satu senduk kecil adunan warna kuning dan akhir sekali satu senduk kecil adunan warna coklat. Ulang hingga semua adunan habis.
  7. Bila dah siap, letakkan semula loyang ke kedudukan asalnya. Biarkan sejuk sedikit sebelum dimasukkan ke dalam petiais. 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

8 comments:

ShAhAnIm said...

cantiknye puding nih...dah tu bratur panjang cam kreta api plak, hehehe

ereen said...

sedapnyer agar ni kak....
tp sy mesti gagal nk buat lapis mcm ni .... change link yer kak...

p/s... selalu ambik resepi dlm blog akak ni..

Azita Zain said...

sahahanim :
puding kena beratur ikut giliran mana dulu yang nk kena ngap...hehehe

ereen :
ereen cubalah. senang jer. nk dapatkan pelangi yg halus2 tu, tuang adunan sikit2, gunakan senduk yg kecil.
selalu amik resepi kat sini ya. alhamdulillah! ianya mmg utk dikongsi bersama...

MAMA IETA said...

Cantinya! macam mana boleh jadi bebelang mcm 2? Nak buat tak pandai. boleh lah ajar........

Raha said...

saya ada buat puding ni tapi tak jadi la belang tu...bila warna kedua dimasukkan dlm bekas tu,warna pertama dan kedua bercampur...saya pun tak tau dah jadi rupa apa...but anyhow, suami dan kwn2 saya sgt suka.siap ada yg minta resepi ni...

ZATTY said...

Salam.Azita,guna telur brp biji?cantk sgt..sy nak cuba.

Siti said...

masyaAllah lawa sungguh! nak copy paste..esok2 nak buat!!

Isteri @ Ibu Cute said...

Cantik la..puding belang tu..Anak saya mesti suka..mesti terus nak ngap!..Cam na buatnya..Kalau saya buat mesti tak jadi kot..