Kek Cokelat Kukus Lembab ini adalah variasi dari Kek Cokelat Kukus Lembab yang sebelumnya...
Bahan A (diayak) :
1 cawan serbuk koko
2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
Bahan B (pukul sebati) :
1 cawan minyak masak @ minyak jagung
400ml susu cair @ susu segar
5 biji telur Gred B
1 1/2 cawan gula pasir
Bahan C :
1 cawan air panas
1 sudu teh Nescafe Gold @ nescafe biasa
Cara-cara :
- Panaskan kukusan. Balut penutup untuk mengelakkan air daripada menitis ke atas kek.
- Tuang Bahan B ke dalam Bahan A sambil dikacau hingga rata. Cukup dengan menggunakan whisk sahaja.
- Setelah sebati, tuangkan Bahan C pula. Kacau lagi hingga rata dan sebati.
- Tuangkan ke dalam loyang bulat 9" dan kukus selama 45 minit atau hingga masak.
Tekstur kek ini berbeza daripada kek yang sama sebelum ini yang lebih padat, mampat dan lembab.


2 comments:
senang jee... nak cuba laa
fuzidss : mmg senang sangat! cubalah...!
Post a Comment