Friday, March 26, 2010

Ikan Masak Tiga Rasa




Sumber asal resepi ialah daripada buku Senangnya Memasak Ikan Bersama Chef Hanieliza.

Bahan A :
  • 1 ekor ikan bawal ataupun siakap (saya gunakan 2 ekor ikan siakap)
  • 1 sudu besar tepung jagung (untuk menyalut ikan)
  • 3 ulas bawang merah (**)
  • 1 labu bawang besar (**)
  • 2 ulas bawang putih (**)
  • 3cm halia (**)   (**) - dihiris

Bahan B (Untuk Sos) :
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar air
  • 1 sudu kecil gula pasir

Bahan C (Sebagai Hiasan) :
  • 1 pokok daun bawang
  • 2 biji cili merah
  • 2 biji cili hijau
  • 2 biji tomato (belah 4)

Cara-cara :
  1. Goreng ikan yang telah dilumurkan dengan tepung jagung dengan minyak yang banyak hingga garing. Angkat dan letakkan dalam pinggan hidangan.
  2. Panaskan 2 sudu besar minyak dan tumis bahan2 yang telah dihris hingga kekuning2an.
  3. Masukkan bahan sos dan biarkan mendidih. Kacau rata.
  4. Masukkan bahan hiasan dan tutup api.
  5. Curahkan kuah ke atas ikan dalam pinggan hidangan tadi.
  

 Tips :
Bawang merah efektif pada sel kanser hati dan dapat menolong hati membuang toksin dari badan.

5 comments:

leen hussain said...

salam kak...wah!penuh sampai tak nampak ikannya...mesti sedap ni..lagi kena dgn siakap...

Fa'e said...

slm kenal dr akak...

roslanali said...

salam ...

saja nak cuba, tukar dgn 7 potong ikan tenggiri heheh

annyong

Azita Zain said...

leen :
ikan tu tutup aurat...hehehe

fa'e :
salam kenal juga dari saya...

roslanali :
sedap juga tu dgn ikan tenggiri...

MAMA IETA said...

Sedapnya.........
malam ni boleh masak
Murah & Sedap!
TQ