Saturday, February 6, 2010

Ala-Ala Coney Dog



Bahan-bahan :
4 buku roti hotdog
4 batang sosej (apa-apa perasa atau original)
3 biji telur
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
Sedikit lada hitam
Garam dan perasa secukupnya
Sedikit mentega

Cara-cara :
  1. Roti dibelah 2 (jangan sampai putus), sapu dengan sedikit mentega dan panaskan di atas kuali hingga permukaannya kekuning-kuningan. Ketepikan.
  2. Pukul telur bersama bawang besar, bawang putih, garam dan perasa.
  3. Panaskan sedikit mentega dan masukkan telur tadi. Kacau tanpa henti dengan garfu hingga telur hancur.
  4. Taburkan sedikit lada hitam dan  kacau lagi. Ketepikan.
  5. Goreng sosej hingga masak. Angkat dan toskan.
  6. Ambil sebuku roti, letakkan sosej yang telah digoreng dan taburkan telur hancur. Picitkan sos cili dan mayonis (jika suka) di atasnya. Siap untuk dimakan!




3 comments:

geraugebang said...

bestnyeer...kak gerau tak pernah lak buat cam niii. nanti kena buat. lain macam jeer bunyinya ekkk.Coney Dog...

openid said...

Kite pun tak pernah wat coney dog... sosej sini susah lak nk dapat.
Ijan

Yanti Arshad said...

azita,

i tag you in my blog.

http://yanticuisine.blogspot.com