Resepi asal ialah daripada Yani (MyResipi).
Bahan-bahan :
200gm coklat masakan
70gm mentega
2 biji telur
50gm gula halus
60gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
Cara-cara :
- Cairkan coklat dengan menggunakan kaedah double-boiler.
- Kemudian masukkan mentega dan kacau hingga mentega cair.
- Panaskan oven sehingga suhu 170 degree.
- Dalam mangkuk lain, pukul telur bersama dengan gula. Cukup sekadar untuk meratakan telur dan gula sahaja.
- Masukkan telur ke dalam bancuhan coklat dan kacau hingga rata.
- Ayakkan tepung gandum dan baking power ke dalam magkuk coklat. Gaul hingga sebati.
- Isikan adunan ke dalam muffin cup hingga separuh penuh. Bakar selama 20 minit.
Nota :
Selepas masak, mungkin muffin akan lembik sedikit tapi bila dah sejuk, muffin akan keras. Sekiranya selepas membakar selama 20 minit muffin anda masih lembik, tidak perlu dibakar semula.




2 comments:
kaedah double-boiler tu camne?
sasa, double boiler cam gini :
masukkan coklat ke dlm mangkuk tahan panas @ stainless stell @ ayan, lepas tu letakkan mangkuk tu ke atas periuk @ apa2 bekas yg berisi air mendidih. kacau perlahan2 coklat tu hingga cair. coklat tu cair disbbkan oleh wap air panas tu..
Post a Comment