Friday, November 20, 2009

Apam Comel Inti Blueberry



Resepi asal daripada Lilydvalley @ MyResipi tapi saya olah sedikit untuk memudahkan pemahaman. Namanya asal apam ini ialah Apam Comel Inti Kelapa tapi saya tukar mengikut initi yang saya gunakan. Mintak izin ya Lily!


Bahan-bahan (lebih 100 biji papercup kecil) :
3 biji telur - dari peti sejuk
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150gm susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete
Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
 
Cara-cara :
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.




Nota :
Inti boleh kita pelbagaikan bergantung kepada citarasa sendiri...




Ikan Kukus Asam Boi



 
Resepi ini saya dapat dari bekas rakan sekerja, Ila (Norlela Rehan). Beliau pun dapat resepi ini hasil dari penyelongkaran entah kat blog siapa katanya. Jom mencuba!!

 
Bahan-bahan :
1 ekor ikan (anggaran 500gm) ~ sea bream ( saya gunakan ikan kerisi je...)
30gm cendawan kering ~ rendam dan dihiris
3 biji asam boi
1 biji bawang besar ~ dihiris
½ inci halia ~ dihiris halus
1 biji tamato ~ dihiris
1 batang lobak merah ~ dihiris
4 biji cili api ~ dibelah 2 (nak pedas tambah lagi)
1 batang serai ~ diketuk
1 sudu makan bawang putih, bawang merah dan halia yang telah ditumbuk
1 camca teh tepung jagung
2 sudu besar sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air
Sedikit daun bawang

 
Cara-cara :
  1. Panaskan kukusan. Satukan bawang putih,merah dan halia yg ditumbuk, sos tiram, tepung jagung, garam dan gula serta sedikit air.
  2. Gaul rata bahan tersebut bersama ikan. Tabur lobak merah, bawang besar, cendawan, halia, tomato, cili api, asam boi dan serai.
  3. Kemudian kukus ikan atas air mendidih selama 15-20 minit atau sehingga masak. Angkat dan taburkan sedikit daun bawang.


 
Nota :
Saya punya tu memang banyak kurang bahan2nya daripada bahan2 yang tersenarai di resepi tu...

 

 

Saturday, November 14, 2009

Walla Chocolate Cake



Resepi kek cokelat ini saya dapat dari rumah Kak Ummi dengan nama American Chocolate Cake. Tetapi namanya telah saya tukarkan kepada Walla Chocolate Cake sebab rasanya memang "walla"...! Tak percaya...cuba sendiri!

Bahan-bahan (loyang 9 x 9 in / 8 x 8 in) :
Bahan A (diayak bersama) :
2 cawan tepung
¾ cawan serbuk koko
2 camca teh baking powder
2 camca teh soda bikarbonat
Bahan B (dipukul sebati) :
2 cawan gula kastor
2 biji telur
1 cawan susu segar
1 cawan minyak jagung
1 camca teh esen vanilla

Bahan C (dibancuh) :½ camca teh garam
1 camca teh Nescafe
1 cawan air panas
 
Cara-cara (telah saya permudahkan cara2nya) :
  1. Ayak Bahan A.
  2. Pukul sekejap Bahan B (lebih kurang 1 ½ minit).
  3. Masukkan Bahan B ke dalan Bahan A. Kacau sekejap.
  4. Masukkan pula Bahan C. Kacau rata lagi.
  5. Bakar dgn preheat oven 170 selama 45 min.

Bahan Topping / Ganache :-
1 tin susu pekat - boleh kurangkan
1 sudu teh esen vanila
½ cawan minyak jagung
1/3 cawan serbuk koko (lebih sedap kalu guna Van Houten)
Secubit garam

Cara-cara :
  1. Campurkan susu, serbuk koko dan minyak. Masak atas api perlahan saja hingga pekat dan kacau selalu dengan whisker.
  2. Masukkan garam dan esen, kacau. Bila telah pekat dan berkilat (lebih kurang 10 minit), tutup api dan biarkan sejuk. Sapu atas kek.