Wednesday, October 28, 2009

Marble Shortbread



 
Resepi asal daripada Euginadarwis (http://fauziahbajrai.blogspot.com/) tapi yang ini saya ambil resepi beliau dari MyResipi.

 

 
Bahan-bahan ( 1 loyang bercutter 10" x 10" ) :
Bahan (utk base biskut) :
150gm tepung gandum
50gm gula kastor
50gm serbuk badam
125gm butter
50gm susu tepung

 
Bahan (utk hiasan) :
200gm coklat masakan
1 camb shortening
75gm coklat putih

 
Cara-cara :
  1. Gaul kesemua bahan untuk base biskut hingga sebati (adunan akan menjadi serbuk roti).
  2. Keluarkan pemotong dari acuan. Masukkan adunan ke dalam acuan.
  3. Tekan adunan sehingga padat dan rata dalam acuan. Cucuk dengan garfu base tersebut.
  4. Tekan alat pemotong ke dalam adunan, bakar pada suhu 180 selama 15 minit.
  5. Bila biskut masak, keluarkan alat pemotong , biarkan sehingga biskut sejuk.
  6. Cairkan coklat masak & shortening, tuang atas biskut yg telah disejukkan tadi.
  7. Cairkan coklat putih, masukkan ke dalam beg piping dan lorekkan atas coklat masak.
  8. Tarik coklat putih dengan pencungkil gigi utk dijadikan corak batik.
  9. Masukkan semula alat pemotong ke dalam biskut.
  10. Sejukkan dalam fridge selama 10 minit atau sehingga coklat telah keras dengan cutter sekali .
 
 

Kek Cokelat Kukus Lembab


Resepi asal saya dapat daripada adik ipar saya tetapi telah saya ubah mengikut citarasa setelah 3 kali percubaan. Kek ini mampat dan padat serta lembab. Sedap dimakan setelah disimpan semalaman. Selamat mencuba!!

Bahan-bahan (1 loyang 8" bulat) :Bahan A (ayakkan bersama) :
1 cawan serbuk koko
2 cawan tepung naik sendiri
Bahan B (gaulkan sebati) :
5 biji telur Gred B
1 tin susu cair
1 1/2 cawan gula
1 cawan minyak masak
Bahan C :
1 cawan air mendidih
Cara-cara :
  1. Panaskan kukusan. Balut penutup dengan kain untuk mengelakkan air daripada menitis ke atas kek.
  2. Campurkan Bahan B ke Bahan A (atau Bahan A ke Bahan B) sambil dikacau dengan menggunakan whisk hingga sebati.
  3. Masukkan pula Bahan C dan kacau hingga sebati lagi.
  4. Tuang ke dalam loyang dan kukus dengan api sederhana selama 40 minit @ sehingga masak.
Nota :
Resepi asal menggunakan tepung naik sendiri ditambah dengan 1 camca teh baking powder dan 1 camca teh soda bikarbonat. Kek akan naik tinggi seperti kek span.



Kek Gula Hangus



Bahan-bahan (1 loyang 7" bulat) :
Untuk gula hangus :
1 cawan gula
1 cawan air panas
2 camb mentega

 
1 cawan tepung gandum
2 camt soda bikarbonat
4 biji telur
1 cawan susu pekat

 
Cara-cara :
  1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus. Masukkan air dan masak lagi hingga gula cair. Masukkan mentega. Sejukkan. Ketepikan dulu.
  2. Pukul telur hingga betul2 kembang dan pekat.
  3. Masukkan susu pekat ke dalam telur tadi, kacau sebati.
  4. Masukkan pula tepung + soda. Sebatikan.
  5. Akhir sekali, masukkan air gula yang dah sejuk.
  6. Perap adunan selama lebih kurang 3-4 jam.
  7. Bakar dengan api sederhana 160-180 selama 1 jam" @ hingga masak (bergantung kepada oven masing2).