Friday, August 28, 2009

Kuih Limas



Bahan-bahan Bahagian Bawah :
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
2 sudu besar gula
1 cawan santan pekat
4 cawan air
10 helai daun pandan
Gula pasir secukupnya
Daun pisang secukupnya - dibuat bentuk kotak2 kecil yang tidak bertutup

Cara-cara :
  1. Panaskan kukusan. Balut penutup dengan kain untuk mengelakkan air daripada menitis ke atas bahan kukusan.
  2. Kisar daun pandan bersama dengan air. Tapis dan campurkan dengan santan pekat.
  3. Masukkan semua bahan2 lain ke dalam mangkuk dan kacau hingga sebati semuanya. Tapis untuk hilangkan gentel.
  4. Sudukan 1 sudu kecil gula ke dalam bekas2 daun pisang tadi.
  5. Tuang pula adunan ke atas gula tadi sehingga separuh acuan dan kukus sekejap hingga bahagian atasnya agak2 keras sedikit.
  6. Kemudian tuangkan pula bahagian atasnya dan kukus lagi hingga masak.

Bahan-bahan Bahagian Atas :
1 cawan tepung gandum
2 cawan santan pekat
1 cawan air
1/2 sudu kecil garam
1 sudu makan gula (optional)

Cara-cara :
  1. Campurkan kesemua bahan dan kacau hingga sebati. Tapis.
  2. Tuangkan ke atas bahagian atas yang telah dikukus tadi.

Nota :
Kuantiti gula di bahagian bawah bergantung kepada selera masing2. Jika nak lebih manis, sudukan lebih gula dan sebaliknya.


Thursday, August 27, 2009

Ayam Bakar Berempah



Resepi asal dari MyResipi tapi tak dapat cari siapa punya sebab tak dapatmasuk MyResipi... Nama asal resepi ini ialah Kepak Ayam Bakar Berempah tapi saya tak gunakan kepak ayam.

Bahan-bahan :
1 kilo kepak ayam
1 labu bawang besar - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
1 inci halia - kisar
1 sudu makan serbuk jintan kasar
1 sudu makan serbuk jintan halus
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk kunyit
2 sudu makan gula
1 sudu makan kicap pekat
garam secukup rasa

 
Cara-cara :
  1. Bersihkan kepak ayam dan toskan.
  2. Gaulkan kepak ayam bersama bahan-bahan lain.
  3. Perap ayam seketika atau ikut lama yang disukai (makin lama makin sedap).
  4. Bakar kepak ayam dalam oven selama lebih kurang 45 minit atau hingga masak.


Lychee Smoothie


Resepi asal dari Love2Cook...

Bahan-bahan ( 2 gelas ) :
15 buah laici dlm tin (laici fresh pun okey)
250ml susu segar
100ml susu cair
1.5 sb susu pekat
200ml air laici dlm tin
Ketulan ais

Cara-cara :
  1. Masukkan semua bahan kedlm blender. Blend hingga halus.
  2. Tuang ke dlm gelas dan tambah ketulan ais. Sedia diminum!
  3. Bagi yang nak smoothie kurang manis, boleh kurangkan susu pekat. Selamat mencuba!

Ayam Goreng Berempah Serai


Resepi asal dari Love2Cook @ MyResipi...

Bahan-bahan :
1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong sederhana)

Bahan2 dikisar bersama:-
6 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah
2 inci halia
2 batang serai

3 sb cili kering kisar/ cili boh (lebih/ kurang ikut citarasa)
2 sb serbuk kari daging
½ sk serbuk jintan putih
½ sk serbuk jintan manis
½ sk serbuk ketumbar
½ sk rempah 5 spices (takde pun takpe)
garam dan aji secukupnye
3 tangkai daun kari
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara :
  1. Campurkan semua bahan di atas bersama ngan ayam kecuali daun kari dan minyak. Gaul sebati dan biarkan perap selama 1 jam.
  2. Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak berlebihan supaya ayam tenggelam ketika digoreng.
  3. Masukkan ayam satu per satu dan goreng hingga masak. Taburkan daun kari bila dah ½ masak.
  4. Dah okey, angkat dan toskan minyak berlebihan. Boleh dimakan begitu sahaja!

Wednesday, August 19, 2009

Roti Jala



 
Bahan-bahan :
500gm tepung gandum
200ml susu segar @ susu cair
300ml air
2 biji telur
1 sudu teh esen vanila
Sedikit pewarna kuning dan garam

 
Cara-cara :
  1. Campurkan kesemua bahan ke dalam bekas dan kacau hingga sebati dengan menggunakan whisk. Pastikan adunan tidak bergentel. Jika perlu, kisar didalam belnder untuk pastikan adunan tidak bergentel.
  2. Panaskan kuali leper dan lengser sedikit minyak.
  3. Jalakan adunan ke atas kuali dan sapu sedikit minyak.
  4. Biarkan kekuningan dan angkat.
  5. Boleh dilipat 4 ataupun digulung sebelum dihidangkan.


 

Super Soft And White Bread


Resepi asal daripada Ros aka Onigiri.

Bahan-bahan :
250 gm tepung roti
15 gm butter
2 sudu besar gula
1 sudu besar susu tepung
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil yis kering
160 ml air suam ( saya gunakan 60ml air suam dan 100ml susu segar)
Caranya :
  1. Masukkan semua dalam Breadmaker dan pilih menu roti putih dan tekan ON je, tunggu dan bila dah siap dibakar boleh terus dikeluarkan dari acuan dan sejukkan, potong ikut kepingan yang dikehendaki .
  2. Jika tiada Breadmaker, uli semua bahan dalam bekas adunan hingga menjadi doh, uli hingga tidak melekat pada jari, selepas itu masukkan doh dalam plastic bersih dan ramas selama 5 hingga 10 minit, perap doh selama 40 minti, kemudian tumbuk doh dan uli sekali lagi, bahagi doh pada 2 bahagian dan letak dalam acuan sandwish loaf, biarkan doh naik 2 kali ganda dan bakar pada suhu 180 darjah selama 25 minit. Ok dah siap, sesuai dijadikan sarapan atau menu minum petang, Selamat Mencuba.


Monday, August 17, 2009

Kurma Milk Shake Plus Honey



Sedappppppp....!!!! Resepi ikhsan Kak Izan tapi madu tu saya tambah sendiri...

Bahan-bahan :
10 biji buah kurma (saya gunakan kurma yang bertangkai tu...)
Segelas susu segar
2 camca besar madu
1/2 gelas air batu

Cara-cara :
  1. Buangkan biji kurma dan rendamkan di dalam susu selama 10 minit.
  2. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar hingga kurma dan air batu hancur.
  3. Siap untuk diminum....


Thursday, August 13, 2009

Rich Cocoa Pudding


Resepi asal ialah daripada Kak Ummi Zaihadi.


Bahan-Bahannya :-
½ cawan serbuk koko
1 cawan gula halus
½ cawan susu tepung (saya gunakan krimer susu)
½ camca teh garam
4 camca besar tepung jagung (cornstarch)
4 ¼ cawan air
½ camca teh esen vanilla
10 g serbuk Jelly Konyakku (saya gunakan serbuk agar2 je...)
3 camca besar mentega

Bahan Lain :-
Susu cair secukupnya (saya gunakan susu rendah lemak)
Buah-buahan campuran dalam tin secukupnya (saya tak letak yang ini...)

Cara membuatnya :-
  1. Satukan semua bahan kecuali mentega dalam satu bekas, kacau dengan wisk sehingga semua larut.
  2. Tapis adunan ke dalam periuk dan masak atas api sederhana sambil terus mengacau hingga hingga bancuhan menjadi pekat. Padamkan api.
  3. Masukkan mentega dan kacau hingga mentega sebati dengan adunan.
  4. Tuang ke dalam acuan kegemaran dan biarkan beku lebih kurang 1 - 1 ½ jam.
  5. Kemudian boleh dihidangkan bersama susu cair dan buah2an campuran dalam tin...

Puding Roti Marble


Resepi asal daripada Hana tapi saya dah edit sikit je.

Bahan-bahan (satu loyang bulat 9") :
5 keping roti
2 biji telur Gred A
½ cawan susu pekat
200ml susu cair
10 gram serbuk agar2
½ cawan gula - bleh kurangkn
2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
4 cawan air
2 sudu besar serbuk koko (boleh juga guna choc emulco)

Cara-cara :
  1. Didihkan 3 cawan air, serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti, telur, susu pekat, susu cair dan baki air tadi. Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yang sudah didih tadi.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. Matikan api.
  4. Bahagi kepada 2. Satu adunan biarkan warna asal dan satu adunan masukkan serbuk koko @ choc emulco. Kacau cepat2!
  5. Tuang ke dalam loyang secara berselang-seli. Sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. Ulang hingga habis! Ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sebab puding @ agar2 ini mudah sejuk @ membeku.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam.
  7. Enak dimakan ketika sejuk!

Nota :
Boleh juga dibuat dengan menggunakan perasa @ emulco yang lain. Saya buat satu loyang dengan pandan emulco.

Wednesday, August 5, 2009

Kek Cokelat Lembab


Semuanya cokelat....!!! Kek cokelat, glis cokelat dan truffle cokelat! Resepi kek dari Nina, manakala seni menghias, glis dan truffle dari buku Seni Hiasan Kek oleh Chef Norzailina Nordin.

Kek Cokelat Lembab

Bahan-bahan :
250 gm mentega
300 gm gula kastor
1 camca besar ovalette
4 biji telur Grade B - saya gunakan 3 biji telur Gred A

Diayak :
250 gm tepung
2 camca teh baking powder
1½ camca teh soda bikarbonat

Bahan2 paste :
1 cawan serbuk koko
1¼ cawan susu UHT
60 gm gula kastor
1 camca besar serbuk nescafe segera - optional

Cara-cara :
  1. Pukul mentega, gula kastor dan ovalette sehingga kembang. Masukkan telur satu persatu.
  2. Masukkan bahan2 yang telah diayak berselang-seli dengan paste.
  3. Glis loyang bulat 9" dengan mentega. Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 170'C. Selepas setengah jam turunkan suhu ke 150'C bergantung pada oven masing-masing.
  4. Setelah masak, sejukkan di atas redai.


Truffle Cokelat

Bahan-bahan :

120 gm coklat masakan
300gm gula aising
100 gm mentega
60 ml krim putar

Cara-cara :
  1. Cairkan coklat masakan secara double-boiler hingga coklat cair. Angkat dan biarkan sejuk sedikit.
  2. Dengan menggunakan sudu, kacau gula aising, mentega dan krim ke dalam coklat hingga campuran itu sebati dan licin.
  3. Ketepikan sehingga agak pekat supaya senang untuk disapu pada kek (saya tambah yang ini...dalam buku tak ada).

Glis Cokelat

Bahan-bahan :
225 gm coklat masakan
115 ml krim putar

Cara-cara :
  1. Panaskan coklat masakan dan krim putar di dalam periuk dasar tebal atas api kecil.
  2. Biar glis cair dan sebati, angkat dan ketepikan sehingga pekat dan boleh disapu dengan mudah.

Cara-cara menghias kek (saya tokok-tambah sikit...) :
  1. Potong kek secara mendatar unutk dapatkan 3 kepingan (saya buat 2 kepingan saja) kek.
  2. Sapu truffle di atas lapisan pertama dan ratakan.
  3. Tangkupkan dengan sekeping kek lagi dan tekan pelan2.
  4. Curahkan glis cokelat dan sapukan sehingga rata menyaluti kek.
  5. Gunakan penyisir kek untuk melorek corak di atas dan tepi kek.
  6. Isi baki truffle ke dalam beg aising bermuncung bintang. Paipkan di keliling bahagian bawah kek dan juga di atas kek.