Thursday, July 23, 2009

Baked Conchiglie


Bahan-bahan :
200gm chochiglie - boleh ganti dengan makaroni atau lain-lain
1 labu bawang besar - dipotong bulat
1 tin cendawan butang - dibelah 2
1 biji lada benggala hijau - dipotong dadu
Mixed herbs, garam dan perasa secukupnya
Daun parsley secukupnya - dipotong halus
1 biji kentang - separuh dipotong dadu, separuh dihirs nipis
2 biji tomato - hiris nipis
6 biji telur

Cara-cara :
  1. Rebus conchiglie hingga lembut - lebih kurang 7 minit. Campurkan sedikit minyak dan toskan.
  2. Masukkan conchiglie bersama bahan2 lain kecuali kentang yang dihirs nipis, tomato dan telur. Kacau hingga rata.
  3. Pecahkan telur ke dalam bahan2 tadi dan kacau hingga rata lagi.
  4. Akhir sekali aturkan kentang dan tomato dan bakar selama 1 jam dalam suhu 180 degree.
  5. Jika gunakan loyang yang besar, adunan akan menjadi nipis sedikit. Masa untuk membakar yang diperlukan bergantung kepada ketebalan adunan. Selamat mencuba!

Nota :
Boleh ditambah dengan udang, sotong atau lain2 jika suka.


Sebelum dibakar...




Vanilla Milk Shake



Bahan-bahan :
5 senduk aiskrim perisa Vanilla
3 cawan susu segar
2 cawan aiskrim soda
Whipping cream secukupnya
Sedikit sirap cokelat Hersheys
Airbatu jika perlu
Cara-cara :
  1. Masukkan aiskrim, susu, aiskrim soda air airbatu ke dalam pengisar dan kisar hingga jadi smoothie.
  2. Tuangkan ke dalam gelas yang bersesuaian. Hias dengan whipping cream, sirap cokelat dan aiskrim.