Thursday, June 18, 2009

Coconut Splash


Bahan-bahan :
1 biji kelapa muda
Cincau secukupnya - dipotong / dihiris nipis2 @ ikut citarasa sendiri
Air gula putih secukupnya
Airbatu secukupnya

Cara-cara :
Korek keluar isi kelapa muda. Campurkan kesemua bahan dalam satu bekas dan siap untuk diminum. Sedapnya hingga ke titisan yang terakhir!!!


Wednesday, June 17, 2009

Egg On Toast


Simple menu for breakfast. Taken from Mamafami's blog.

Bahan-bahan :
2 keping roti
1 keping cheese - dipotong kepada 4 slice
1 biji telur
Sedikit butter @ marjerin

Cara-cara :
  1. Dengan menggunakan cookies cutter, lubangkan ditengah2 sekeping roti.
  2. Aturkan cheese yang telah dipotong tadi di atas roti yang tidak dilubangkan ditengah2nya.
  3. Kemudian letakkan roti yang telah dilubangkan di atasnya.
  4. Akhir sekali pecahkan telur di dalam lubang roti dan letakkan sedikit butter @ marjerin.
  5. Bakar selama 10 minit atau mengikut kegaringan yang diinginkan.
  6. Sebelum dimakan, boleh ditabur sedikit pepper jika suka.

Nota : Saya sapukan sedikit mentega di atas dan bawah roti.


Lihat gambar ini sebagai rujukan.



Tuesday, June 16, 2009

Ayam Kicap Lada Hitam


Bahan-bahan :
8 ketul ayam - digaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit
1/2 cawan kicap
1 sudu besar serbuk lada hitam
Garam, gula dan perasa secukupnya
Hiasan :
2 biji cili merah - dibelah 2 setiap satu
1 labu bawang besar - dipotong bulat2
Daun bawang / daun sup secukupnya - jika suka

Bahan Kisar :
1 labu bawang besar
3 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1" halia
Cara-cara :
  1. Goreng ayam hingga masak dan ketepikan.
  2. Panaskan 2 camca besar minyak dan tumis bahan2 kisar hingga naik bau.
  3. Masukkan kicap, lada hitam, garam dan perasa. Masak hingga kuah mendidih.
  4. Masukkan ayam yang telah digoreng dan kacau hingga sebati.
  5. Masukkan cili merah dan bawang besar dan kacau hingga sebati. Kacau sekejap sahaja.
  6. Angkat dan taburkan daun bawang / daun sup sebelum dihidangkan.