Friday, May 29, 2009

Ayam Masak Merah


Bahan-bahan :
8 ketul ayam - digaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit
1 labu bawang merah
Daun sup & daun bawang secukupnya
Bahan tumis - kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga
4 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos cili
Garam, gula dan perasa secukupnya

Bahan Kisar :
1 labu bawang besar
3 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1" halia
5 biji cili merah

Cara-cara :
  1. Kisar bahan2 kisar. Goreng ayam hingga masak dan ketepikan.
  2. Panaskan 2 camca besar minyak dan tumis bahan2 tumis. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga naik bau.
  3. Masukkan sos cili, sos tomato, gula, garam dan perasa. Mask hingga kuah agak pekat.
  4. Masukkan ayam yang telah digoreng dan kacau hingga sebati.
  5. Masukkan bawang besar yang telah dimayang dan daun bawang/sup dan matikan api. Kacau hingga sebati.

Monday, May 25, 2009

Roti Sardin Gulung


Bahan-bahan :
10 keping roti wholemeal
1 tin sardin yang kecil - saya guna brand Ayam
1 labu bawang besar - dicincang
1 biji limau kasturi
Garam dan perasa secukupnya
2 biji telur - dipukul sedikit

Cara-cara :
  1. Nipiskan roti dengan menggunakan rolling pin. Ketepikan.
  2. Lenyekkan ikan sardin di dalam mangkuk tanpa sosnya. Masukkan bawang besar yang telah dicincang, garam, perasa dan perahkan limau kasturi. Kacau rata.
  3. Ambil sekeping roti, letakkan sedikit sardin dan gulung seperti membuat kuih gulung @ ketayap.
  4. Sapukan hujung roti dengan sedikit telur supaya gulungan roti tidak terbuka. Buat hingga habis.
  5. Panaskan minyak. Celup roti ke dalam telur dan goreng hingga kekuningan dengan api yang sederhana.


Sunday, May 24, 2009

Ayam Masak Madu


Resepi asal daripada Juns11 @ MyResipi.

Bahan-bahan ( 6 orang ) :
6 ketul ayam - sederhana besar
2 batang serai - diketuk
1 cm halia - dikisar
1 biji bawang besar - dikisar
6 ulas bawang putih - dikisar
8 biji cili kering - dikisar
4 sudu besar sos cili
8 sudu besar madu
Bahan tumis - 2cm kulit kayu manis dan 4 bunga lawang
Cara-cara :
  1. Ayam digoreng hingga masak.
  2. Tumis bahan tumis , masukkan serai, bawang besar, bawang putih, cili kering..hingga naik baunya.
  3. Masukkan sos cili, kacau..dan madu , kacau sebati.
  4. Akhir sekali masukkan ayam yang digoreng tadi. Angkat dan hidangkan.


Kuih Siput



Resepi dari emak tersayang...! Biasanya emak buat masa raya je tapi boleh juga dibuat sebagai kudapan sambil menonton tv atau untuk minum petang.

Bahan-bahan :
1 kg tepung gandum
1 cawan marjerin
1 paket rempah kari daging – kecil
1 paket udang kering
2 biji bawang besar
1 camca besar jintan kasar
6~10 tangkai daun kari
Garam secukupnya
Serbuk perasa secukupnya

Cara-cara :
  1. Kisar udang kering, bawang besar, jintan kasar dan daun kari.
  2. Gaulkan tepung dengan marjerin hingga berderai.
  3. Masukkan kesemua bahan2 lain termasuk yang telah dikisar. Gaul rata.
  4. Tambahkan air sedikit demi sedikit sambil diuli. Uli hingga menjadi doh yang tidak melekat ditangan.
  5. Ambil secubit doh dan tekan di atas acuan kuih siput. Buat sampai habis adunan.
  6. Goreng di atas api sederhana hingga masak dan garing.
  7. Tunggu hingga betul2 sejuk sebelum disimpan di dalam baling kedap udara.





Tuesday, May 19, 2009

Bubur Jagung Keledek


Bahan-bahan :
2 tongkol jagung manis mentah - dihiris nipis
1 biji keledek sederhana besar - dipotong dadu anggaran 1cm
Secubit garam
1 cawan santan pekat - saya gunakan santan kotak dalam bentuk liquid
4 cawan air - dicampur dengan santan pekat
3 sudu besar gula merah - tambah lagi jika nak warnanya lebih perang
4 sudu besar gula pasir - tambah lagi jika nak lebih manis
1 helai daun pandan - disimpul

Cara-cara :
  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk kecuali jagung. Masak di atas api sederhana sambil dikacau hingga mendidih.
  2. Apabila keledek telah empuk, masukkan jagung dan masak hingga mendidih.
  3. Siap untuk dihidangkan.
Nota :
Kuantiti gula merah dan gula pasir hendaklah disesuaikan mengikut kemanisan yang diperlukan.
Kuantiti air boleh dikurangkan atau ditambah bergantung kepada banyak kuah yang diperlukan.
Bancuhan santan boleh digantikan dengan susu segar.
Jika tidak suka keledek, boleh digantikan dengan sagu.



Ayam Bakar Bercili


Resepi asal daripada Zaliana.

Bahan-bahan :
½ ekor ayam

Bahan kisar dengan sedikit air :
5 biji cili hidup (dibuang biji)
3 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1cm halia
1cm kunyit hidup(serbuk pon ok)
1 sudu kecil garam
2 sudu besar gula
1 sudu besar madu (saya tambah yang ini...)
1 biji lemon
Sedikit daun ketumbar (hiris)
Sedikit daun bawang (hiris)

Cara-cara :
  1. Perap ayam dengan bahan yang telah dikisar selama 1 jam.
  2. Panaskan oven pada 175'c.
  3. Perah lemon dan tuangkan diatas ayam, kemudian taburkan dengan daun ketumbar dan daun bawang.
  4. Bakar selama 40minit @ sehingga ayam garing dan mengeluarkan minyak.
Nota :
Jika mahu pedas tambahkan 1 sudu besar cili kering yg telah dikisar semasa mengisar.
Jika mahu kurang pedas tambahkan 1 sudu besar santan serbuk semasa mengisar.
Saya gunakan lebihan bahan perap sebagai bahan sos untuk dicicah dengan ayam bakar tersebut - panaskan dalam kuali dan tambah sedikit bancuhan tepung jagung.



Nasi Jagung



Bahan-bahan :
2 cawan beras basmathi
1 tongkol jagung - dihiris nipis2
2 sudu besar mentega @ marjerin
1 labu bawang besar (**)
3 ulas bawang putih (**)
1cm halia (**)
1 cawan susu segar
2 cawan air
2 helai daun pandan - disimpul
Secubit garam

Cara-cara :
  1. Kisar bahan2 bertanda (**).
  2. Basuh beras dan masukkan ke dalam periuk elektrik. Masukkan juga jagung yang telah dihiris tadi.
  3. Panaskan mentega @ marjerin di dalam kuali. Tumis bahan2 yang telah dikisar hingga naik bau.
  4. Masukkan susu segar, air, daun pandan dan air. Biarkan mendidih sedikit.
  5. Masukkan ke dalam periuk berisi beras dan jagung. Kacau rata dan tanak hingga masak.





Monday, May 18, 2009

Choc Chip Muffin


Bahan-bahan (22 biji) :
Bahan A :
3 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 ¼ cawan gula kastor
5 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
½ cawan campuran cokelat chip coklat dan cokelat chip putih
Bahan B :
2 biji telur
2 cawan susu segar
½ cawan minyak
Bahan C :
Cokelat chip secukupnya - untuk taburan
Muffin cup secukupnya

Cara-cara :
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180C.
  2. Satukan Bahan A di dalam mangkuk dan gaul rata. Lubangkan ditengah-tengahnya.
  3. Satukan Bahan B di dalammangkuk lain dan kacau hingga sebati.
  4. Tuangkan Bahan B ke dalam Bahan A dan kacau dengan menggunakan garfu atau camca besar sahaja. Cukup sekadar untuk menyatukan kesemua bahan. JANGAN DIPUKUL! Adunan akan nampak macam berketul2.
  5. Sudukan adunan ke dalam cawan muffin dan bakar selama 25 minit.


Abok-Abok


Bahan-bahan :
3 cawan sagu - rendam 5 minit dan toskan
1 cawan kelapa parut
Gula merah secukupnya
1 camca teh garam
Daun pisang secukupnya - dibuat kelongsong

Cara-cara :
  1. Panaskan kukusan.
  2. Gaulkan sagu bersama kelapa parut dan garam.
  3. Masukkan 1 sudu besar sagu ke dalam kelongsong daun pisang. Masukkan pula gula merah secukupnya dan tutup dengan 1 sudu lagi sagu. Bungkus macam kuih koci.
  4. Kukus hingga masak - lebih kurang 20 minit.





Mee Segera Goreng



Bahan-bahan (5 orang) :
4 bungkus mee segera - saya guna mee Maggi perasa kari
4 cawan air

3 ulas bawang putih - ditumbuk
3 ulas bawang merah - ditumbuk
1 biji telur - dipukul sedikit
1 camca besar sos tiram
2 camca besar sos cili
1 camca besar kicap manis
2 batang sosej lada hitam - dihiris nipis
1 mangkuk kecil taugeh
20 batang kacang buncis - dipotong anggaran 1 cm
Garam dan perasa secukupnya.

Cara-cara :
  1. Panaskan air di dalam periuk hingga mendidih. Masukkan mee segera dan celur hingga lembut. Basuh dengan air sejuk dan toskan.
  2. Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan tumis bahan2 yang telah ditumbuk hingga naik bau.
  3. Masukkan sosej dan goreng hingga sosej agak kekuningan.
  4. Masukkan sos tiram dan sos cili. Kacau hingga mendidih. Tambahkan sedikit air dan kacau lagi. Tambah garam dan perasa jika perlu.
  5. Masukkan telur dan dikacau lagi hingga telur hancur. Masukkan sayur2 dan masak hungga sayur layu sedikit.
  6. Masukkan pula mee yang telah direbus tadi. Kacau hingga sebati. Siap!!!

Nota : Sayur boleh diganti dengan sayur2 lain mengikut citarasa sendiri.



Sunday, May 17, 2009

Scrambled Toast


Resepi asal daripada Kak Ummi Zaihadi.

Bahan-bahan (12 keping) :
12 keping white bread atau wholegrain - buang kerak tepinya (saya tak buang pun...)
60 gm mentega - suhu bilik
4 biji telur
1 cawan krim atau susu (*ummi letak susu segar) (saya pun guna susu segar)
¼ cawan daun kucai - cincang (*ummi letak daun sup) (saya guna kacang panjang dihiris halus)
sosej secukupnya - cincang halus (saya tak guna pun)
sedikit garam dan pepper
sos cili (*ummi tambah ni)
mayonis (*ummi tambah)

Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 180C. Dengan menggunakan rolling pin, canaikan roti tadi menjadi nipis sedikit. Sapukan kedua2 belah roti dengan mentega dan masukkan ke dalam muffin pan.
  2. Bakar selama 15 - 18 minit atau sehingga keperangan.
  3. Sementara itu panaskan kuali dengan 1 camb mentega dengan api yang sederhana.
  4. Dalam bekas, satukan 4 biji telur, ½ cawan krim/susu, garam, pepper dan pukul sebati.
  5. Tuangkan adunan telur tadi ke dalam kuali dan kacau selama 1 minit dengan api yang perlahan.
  6. Taburkan daun kucai/sup dan cincangan sosej. Kacau hingga telor masak.
  7. Sudukan telor tadi ke dalam roti yang telah dibakar dan taburkan sedikit pepper lagi sebelum dihidangkan panas2.

Friday, May 15, 2009

Puding Karamel Lapis Coklat



Resepi asal daripada Kak Ummi Zaihadi.

Bahan A :
1 tin susu cair (*ummi guna Nestle Ideal)
5 sudu bear gula
3 biji telor gred A
1 sudu kecil esen vanila
Bahan B :
1 tin susu cair
5 sudu besar gula
3 biji telur gred A
4 sudu besar serbuk koko/1 sudu kecil serbuk nescafe + 1 sudu kecil pes coklat
Bahan C :
2 sudu bear gula - hanguskan dan campur 4 sudu besar air panas (atau boleh guna 2 sudu besar madu)

Cara-cara :
  1. Kacau bahan A dan bahan B dalam dua bekas berasingan. Tapiskan.
  2. Panaskan periuk kukusan, masukkan gula hangus atau madu dalam loyang 8"x8" (*ummi guna loyang bulat berdiameter 6" x 3" tinggi).
  3. Masukkan ½ cawan (*ummi letak ¾ cawan) adunan bahan A dan kukus selama 5 minit atau hingga masak.
  4. Bila dah masak, tuangkan pula sukatan yang sama bagi adunan B atas adunan A. Ulang A dan B berselang-seli hingga habis.
  5. Sejukkan dan terbalikkan ke dalam pinggan hidangan.
  6. Potong dan hidang.





Tuesday, May 5, 2009

Singgang Ikan Kembung


Bahan-bahan :
3 ekor ikan kembung - dipotong 2 setiap ekor
2" halia - dihiris nipis, tidak perlu dimayang
2" lengkuas - dihiris nipis, tidak perlu dimayang
1 batang serai - dititik
1 biji bawang besar - dibelah 4
4 keping asam keping - kurangkan jika tak suka masam sangat
2 pokok daun kesum - jika suka
1 kuntum bunga kantan - jika suka
1 sudu teh serbuk kunyit
Air secukupnya

Cara-cara :
  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan renihkan dengan api sederhana hingga mendidih.
  2. Perasakan masin dan masamnya, tambah perasa jika perlu. Siap!!!
Ikan kembung boleh juga diganti dengan ikan2 yang lain, ikut selera masing2...


Urap Pucuk Ubi


Bahan-bahan :
3 kepal pucuk ubi - yang telah direbus dan dikepal (untuk buang airnya)
100 gm taugeh - dicelur sedikit
2 biji cili merah
Sedikit belacan - dalam 2 cubit
4 ulas bawang merah - dimayang halus
2 jemput ikan bilis
4 helai daun cekur - dihiris halus
Garam secukup rasa
Cili padi - kalau nak pedas tapi saya tak gunakan
Kelapa parut secukupnya

Cara-cara :
  1. Hiris pucuk ubi yang telah dikepal tadi agak kasar2 sedikit. Masukkan ke dalam mangkuk yang akan digunakan untuk menggaul nanti.
  2. Masukkan sekali daun cekur, taugeh dan bawang merah. Gaulkan.
  3. Cili merah ditumbuk bersama sedikit garam dan belacan hingga lumat.
  4. Kemudian masukkan ikan bilis dan ditumbuk sedikit, jangan sampai hancur. Cukup setakat untuk pecah2kan ikan bilis sahaja.
  5. Masukkan pula kelapa parut dan ditumbuk ala kadar sahaja. Jangan sampai lumat.
  6. Keluarkan bahan2 yang ditumbuk dari lesung dan masukkan ke dalam mangkuk pucuk ubi tadi. Kacau hingga rata dan sebati. Siap untuk dihidangkan.
Pucuk ubi boleh juga digantikan dengan silom atau kacang botol ataupun pegaga.

Monday, May 4, 2009

Bingka Roti Berjagung


Resepi asal daripada Dapur CT Delima.


Bahan-bahan :
3 biji telur
150gm gula castor
100gm mentega (cairkan)
½ tsp garam halus
300gm roti
200gm tepung gandum
1 liter santan (atau 1 liter susu segar atau 500ml santan + 500ml susu segar)
200gm jagung krim dalam tin

Cara-cara :
  1. Pukul sebati telur dan gula. Masukkan mentega cair, diikuti santan atau susu segar, tepung gandum dan garam halus.
  2. Carik-carikkan roti dan masukkan dalam adunan tadi. Rendam selama 15min-20min.
  3. Masukkan jagung krim dan kacau sebati.
  4. Sapukan mentega pada loyang bingka dan alaskan dasarnya dengan kertas kek. (Guna loyang biasa pun boleh)
  5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 darjah celcius selama lebih- kurang sejam.